Tuesday 21 December 2010

cerita otak


Assalamualaikum w.b.t

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya baca dari sebuah buku yang berjudul "Miracles in Our bodies" hasil tulisan oleh ilmuwan tersohor iaitu Harun Yahya (penname). Saya sebenarnya baru sahaja menamatkan 2nd test saya kelmarin dan sekarang sedang meniti hari-hari yang genting sebelum berdepan dengan Final exam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya masih sempat mencuri sedikit masa untuk membaca buku ini dan saya anggap ia sebagai 'reward kecil' buat masa sekarang sebelum tiba masa untuk saya bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran pula bagi peperiksaan akhir nanti.

Buku ini saya beli di Mekah ketika menunaikan haji tempoh hari. Saya membelinya di sebuah kedai buku yang terletak di dalam pusat membeli belah Bin Dawood. Pada mulanya, saya tidak berminat untuk membeli sebarang buku di situ biarpun ada rakan-rakan lain yang membeli buku-buku terbaru keluaran CERT yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang pengajian saya. Namun perasaan yang sebelumnya tadi kurang tertarik berubah  menjadi sangat tertarik apabila terpandang koleksi buku karangan Harun Yahya. Satu nama yang sudah lama saya dengar namun tidak pernah berpeluang untuk membaca hasil tulisannya walaupun sebuah buku! Keterujaan itu saya lunaskan dengan membeli 3 buah buku beliau iaitu "Miracles in Our Bodies", "Prayer in the Quran" dan "How the Quran Guides Science".

Mungkin selama ini saya lebih banyak membaca tentang isu-isu ekonomi,perbankan dan kewangan yang akhirnya membawa banyak entri di dalam blog saya penuh dengan 'maklumat berat' yang kurang difahami orang melainkan mereka yang berada di bidang pengajian yang sama. Saya tidaklah bermaksud ingin berhenti terus dari menulis tentang ekonomi dan perbankan islam, tetapi kadang-kadang ada eloknya juga diselang selikan dengan cerita tentang kebesaran Allah s.w.t yang sangat rapat dengan diri kita dan seterusnya mengingatkan kita kepada keEsaan Allah serta mensyukuri nikmat kurniaanya.

Menceritakan tentang fungsi otak dari sudut pembacaan seorang pelajar bidang perubatan dengan pelajar jurusan lain amatlah jauh untuk dibuat perbandingan. Tetapi apa yang pasti, semua orang pasti sedia maklum akan kepentingan otak dakam kehidupan seharian, bukan sahaja digunakan untuk berfikir bahkan ia boleh dianggap sebagai 'centre' bagi segala operasi dalam badan kita, atau boleh juga diistilahkan seperti Central Bank dalam ilmu perbankan yang berperanan mengawal selia seluruh bank yang beroperasi di bawahnya. Walaubagaimanapun, fungsi dan peranan otak tentulah jauh lebih hebat dari itu, yang pastinya diciptakan oleh Allah Yang Maha Hebat........

Kepingan-kepingan scatter puzzle yang tidak tersusun diletakkan di atas lantai dan kita cuba anggap ia merupakan kepingan dari gambar tentang apa yang terdapat dalam bumi ini. Sebagai contoh, terdapat kepingan yang mewakili cahaya, ada juga yang mewakili warna dan selebihnya mewakili bunyi. Sekarang cuba ambil kepingan tersebut satu persatu dan mula menyusun kepingan tersebut sehingga menjadi sebuah gambar. Apa yang kamu boleh lakukan dengan berfikir melebihi hadnya serta membabitkan banyak operasi dalam otak berfungsi dan itu semua hanya diselesaikan berapa saat sahaja oleh otak anda? di mana semua ini adalah kerja Allah. Boleh anda bayangkan bagaimana?


Otak menerima segala jenis informasi dari mata,hidung,telinga,kulit,mulut dsb. serta merta otak mentafsirkan terus maklumat tersebut. Pentafsiran ini merupakan koleksi daripada 100 billion nerve cells yang terdapat dalam otak anda. Sel-sel ini beroperasi tanpa henti sekaligus membolehkan anda untuk melihat warna epal yang anda makan, mengesan suara teman rapat anda dan juga menghidu bau hot chocolate - macam bau baskin robbins? hehe

Di dalam otak terdapat portions tertentu dengan fungsi tertentu. Realitinya, ianya hanya dapat dilihat dengan microscope. Adakah anda merasakan bahawa nerve cells ini dapat melihat barang permainan anda ataupun boleh merasa kemanisan chocolate ice cream anda? tentunya tidak. That is becoz nerve cells are composed of fine pieces of flesh.

Oleh itu, pastinya ada satu kuasa yang maha hebat yang menciptakan this wonderful world. Tidak lain tidak, Inilah dia ciptaan Allah. Allah is the possessor of everything! menciptakan segala sesuatu dengan cukup sempurna dan mengurniakan pada setiap daripada kita dengan kehidupan yang sangat indah. Apa yang patut kita lakukan sebagai pulangan ialah bersyukur pada tuhan kita. Allah telah anugerahkan kita mata dan telinga sebagai contoh, dan kita wajib ucapkan syukur padaNya.

Firman Allah
 وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ
It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give. (surah al-mu'minun:78) 










p/s: - citer ni sy ringkaskan je. nak tau lanjut baca buku harun yahya.
      - siri 3 kembara haji saya postpone dulu sebab xde mood nak tulis
      - doakan saya berjaya dalam final exam nnti, :)





Friday 10 December 2010

Islam Dan Konsep Ketuanan Melayu

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

Islam Agama Keadilan


Islam adalah agama yang meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan konsep keadilannya. Oleh yang demikian, sebarang isu perlu dinilai terlebih dahulu dari sudut agama itu sendiri.

Apabila membincangkan soal meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila Islam mula berkembang, masyarakat Arab Jahiliyyah samada di Makkah mahupun di Madinah (Yathrib) mempunyai krisis politik yang serius. Islam meraikan kedudukan "ketuanan" bangsa-bangsa tertentu dalam negara mereka berdasarkan faktor sejarah dan sebagainya.

Ketika Rasulullah s.a.w. hadir ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memberikan kepimpinan politik tempatan kepada "bangsa"yang menetap di situ khususnya golongan Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj. Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai pemimpin Madinah kerana memimpin sudut keagamaan masyarakat tersebut yang mana agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ini akhirnya menyebabkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam bidang agama turut juga merangkumi bidang ketenteraan dan politik.

Namun, bangsa Aus dan Khazraj masih memimpin bahagian politik tertentu khususnya melibatkan bangsa mereka. Namun, ketika Islam semakin berkembang sehingga ke Makkah (stelah Fath Makkah), Rasulullah s.a.w. tidak mengambil alih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Makkah walaupun memimpin masyarakat Islam sebagai sebuah Ummah dalam skop yang lebih besar. Namun, ketuanan bangsa sesuatu tempat tetap dipelihara.


Kesultanan Melayu dan Turki Uthmaniyyah

Begitu juga kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap dalam Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta golongan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan tamadun di Malaysia. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selagimana ianya dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.

Ketuanan Bangsa dan Fitrah


Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir cari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya:

يا رسول الله امن العصبية أن يحب الرجل قومه؟

Maksudnya: Wahai Rasulullah... Adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"

Rasulullah s.a.w. menjawab:

لا ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم

Maksudnya: "Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..."
[hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Majah]



Sepertimana di India, bangsa India mempertahankan ketuanan bangsanya, begitu juga di China, bangsa Cina mempertahankan ketuanan bangsanya, di Arab juga, bangsa Arab mempertahankan ketuanan Arabnya, selagimana bukan atas dasar membela bangsa sendiri dalam kezaliman, maka ianya tidak termasuk dalam Ashabiyyah yang ditolak oleh Islam. Selagimana ianya tidak ditolak oleh Islam, maka Islam meraikannya kerana ia adalah suatu fitrah manusia yang mencintakan tanah airnya sendiri.

Konsep "ketuanan Melayu" tidak wajar dilihat secara terasing (daripada konsep Islam) kerana sejak sekian lama, para ulama' Nusantara tidak memisahkan perjuangan bangsa dan agama kerana kepentingan bangsa Melayu untuk mempertahankan agama Islam dan tanah air mereka yang asal. Kepincangan dalam mempertahankan "ketuanan Melayu" oleh sesetengah pihak (politik) tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk menolak "ketuanan Melayu" tanpa memahami sejarah dan falsafahnya. Kalau kita lihat "minda umum" para ulama' Nusantara yang mengembangkan agama Islam di Nusantara (termasuk Malaysia), perjuangan bangsa dan agama tidak terpisah terutamanya apabila Islam sudah menjadi sebahagian daripada “takrif” bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Kita dapat lihat betapa ramai para ulama' Nusantara mempertahankan "kecintaan bangsa Melayu" dalam semangat mengembangkkan ilmu agama, sehingga mereka menetap di negara Arab sekalipun, namun masih mempertahankan "nisbah bangsa dan tanah air" mereka. Siapa tidak kenal dengan tokoh ulama’ Nusantara seperti Sheikh Nawawi Al-Bantani (dari Banten, Indonesia), Sheikh Mahfuz At-Tarmasi (dari Termas, Indonesia), Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani (dari Padang, Indonesia), Sheikh Abdul Karim Al-Banjari (dari Banjar, Indonesia), Sheikh Wan Ismail Al-Fathani (dari Pattani), Sheikh Shaleh Al-Kalantani (dari Kelantan, Malaysia), Sheikh Shaleh Al-Filfilani (dari Pulau Pinang, Malaysia), dan sebagainya yang masyhur di negara-negara Arab namun masih menisbahkan diri kepada tanah air masing-masing tanda kecintaan kepada tanah asal mereka (iaitulah Nusantara).

Begitu juga para ulama' Nusantara yang menisbahkan diri mereka kepada tanah air masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan sebagainya.

Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini, kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanah air dan ketuanan bangsa mereka di tanah air mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap orang mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Bahkan, sejarah Tanah Melayu secara jelas menunjukkan kedudukan bangsa Melayu di tanah tersebut.

Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada orang-orang kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan orang-orang kafir ini dan berhati-hati juga mereka yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini.

Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik kebangsaan sekular. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka. Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.


Kesimpulan: Islam Menjaga Konsep Ketuanan

Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia samada secara individu atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Fath Makkah, Rasulullah s.a.w. sendiri mengisytiharkan sesiapa yang duduk dalam rumah "masing-masing" tidak akan diapa-apakan. Itulah Islam.

Meraikan tanah asal sesuatu bangsa, walaupun bangsa tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w.. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang yang lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air sendiri. Kita janganlah bicara soal syariah "Islam" sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah (tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar dalam zaman tersebut.

Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah yang terbesar pada ketika itu. Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah Ashobiyyah, iaitu membela individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep Hadarah Islamiyyah yang luas.

Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=177157942311392&id=100001651082887

P/S : Artikel ini perlu dibaca dengan tenang dan rasional tanpa melihat dari sudut kePARTIan, dan jangan panggil saya racist yer. :)

Tuesday 7 December 2010

Kembara Haji 2010 (Part 2)

Di Madinah, bergambar sebentar selepas memakai ihram


Episod 4

Aku memilih untuk duduk di kerusi bahagian tengah2 sebab rasa macam tak best duduk belakang sekali, namun malang tak berbau. Bas yang kami naiki tu ada masalah minyak hitam, dan asap pulak kadang2 terkeluar dari lantai yang tidak ditutup kemas di bahagian tempat duduk belakang. Kasihan jugak aku melihat mereka, sampai gelap muka. Syukur aku tak duduk di situ walaupun aku pun terbau gak asapnya, dan boleh nampak kesan hitam kat tangan. Inilah dugaan pertama. Aku memang dapat agak perkara ni akan berlaku dari mula, sebab kebiasaanya bila guna bas tambahan ni (bila bas pertama rosak di Amman), mestila bas itu tidak berada dalam kondisi yang baik.

Bila tiba waktu tengahari, kami berhenti untuk makan dan solat zohor. Aku tanggalkan sweater sebelum turun dari bas sebab cuaca di luar agak panas. Mujur aku mmg sudah pakai t-shirt di dalam nyer, seronok sungguh rasanya bila dapat hirup udara luar. Lega dari menghidu udara yang tak menyihatkan dalam bas tu.

Kami makan bersama-sama makanan yang disediakan oleh akhwat, terasa ada semangat ukhuwah di situ. keh2x. Kami makan kat sebuah meja bahagian luar sebuah restoran (itulah satu2nya restoran di situ). Sedang kami makan dgn penuh perasaan, pekerja restoran tu datang kat kami cakap takleh makan kat situ. Bajet nak halau. Pastu, tengok keliling arab pun buat macam kitorang gak.. Tak halau pun?! Diskriminasi tul..haha. Tapi kitorang buat muka selamba je macam tak paham bahasa arab. Konon belila air nak jaga sikit hati org tu.hehe.

Tiada apa yg menarik sangat utk diceritakan sepanjang perjalanan tu. Cuma dalam hati rasa tak sabar-sabar nak sampai sebab letih dah duduk dalam bas lama-lama. Sebelum kami sampai Madinah, kami kena berhenti di satu tempat ni untuk urusan pendaftaran jemaah haji. Memang bas sangat banyak. Lama juga menunggu. Selepas perjalanan 27 jam, lebih satu hari tu! Akhirnya sampai juga di bandar suci Madinah. Namun, hotel kami kali ni agak jauh berbanding ketika mengerjakan umrah pada bulan Jun lepas. Ia tidaklah menjadi satu perkara yang pelik sebab jumlah orang yang datang pada musim haji tidak sama seperti bulan-bulan lain.

Episod 5

Masjid Nabawi merupakan tempat tumpuan utama di bandar suci Madinah. Di situ terdapat makam baginda penghulu segala nabi, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan juga perkuburan baqi', tempat disemadikan hampir 1000 orang sahabat baginda.

Sepanjang berada di sana, ramai orang yang beri'tikaf dalam masjid nabi. Biasanya aku akan duduk dalam masjid setengah jam sebelum masuk waktu dan setengah jam selepas. Kemudian kalau orang tak ramai, aku pergi ziarah maqam nabi muhammad s.a.w, sebelahnya maqam saidina abu bakar dan saidina umar. Sepanjang memandang maqam nabi, terlintas dalam hati aku "alangkah indahnya kalau aku dapat berbicara dgn kamu wahai kekasih Allah".

Selepas menziarahi maqam nabi, jika ada kelapangan. Aku akan pergi ke perkuburan Baqi' untuk melihat kubur2 mereka. Di samping mengingatkan aku tentang pengorbanan mereka untuk menyebarkan islam, aku juga menginsafi bahawa satu hari nnti aku PASTI akan menjejaki mereka, kematian itu pasti dirasai oleh setiap makhluk Allah, terpulang pada kita untuk mengakhiri kehidupan dgn husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Ada sekali tu, aku nak masuk solat di kawasan raudhah. Nabi pernah beritahu bahawa tempat tu merupakan di antara taman2 syurga. Memang sesak nak masuk, sebab tempat tak besar mana. Orang  pulaberebut-rebut. Sampai kat pintu masuk, aku dah terhimpit-himpit dgn orang negro dan arab yang besar-besar tu. Dah la aku ni kecik.adoi..hehe... Memang lemas la jugak sebab tak leh nak gerak. Sampai susah nak nafas pun ada. Mujur aku ni muda lagi, kalau atuk2 kite nak masuk tempat macam tu. Saya sarankan baik tangguhkan dulu niat tu melainkan kalau orang tak ramai. Bukan apa, risau nanti benda tak diingini berlaku. Selepas dah merempuh masuk tu, sempat jugak aku solat sunat 2 rakaat walaupun dalam keadaan kurang selesa dan tolak-menolak dari orang belakang.

Selain tu, kalau pergi ke Madinah, antara tempat yang menjadi persinggahan 'wajib' ialah BIN DAWOOD (sebuah pusat membeli belah). Kat sini la kalau nak bershopping, belilah jubah ke, tudung ke dll.. kalau nak makan pun banyak pilihan, nak gi restoran indonesia ke, pakistan ke, Al-Baik ke, ape2 la..Tak kisah la,asalkan jangan melantak makan banyak2 pastu tak gi solat, mmg nak kena la kan...

Episod 6

Kami luangkan masa cuma 2 hari lebih di Madinah, selesai ziarah wida', aku pun pulang semula ke hotel dan bersiap2 untuk ke Mekah pula. Aku ambil keputusan untuk terus memakai pakaian ihram, sebab tak mahu berebut2 nanti bila di miqat bi'r ali. Apa yang memeranjatkan aku ialah tali pinggang yang aku nak pakai untuk pakaian ihram tu dah tak muat. Sedangkan mende tu baru beli je masa bulan 6 hari tu. (bahana bila badan membesar ni). Puas aku tarik nafas dalam2 supaya muat. Memang slim la lepas tu. Fuh!

Kami bertolak dari hotel menuju ke Mekah selepas asar. Cuma agak kecewa bila travel tu pakai bas sama, namun tetap syukur sebab asap dah x masuk da..hehe. Kami sampai dekat tempat miqat tu nak dekat magrib. Orang  sgt ramai seperti yang aku jangka. Aku cuma ambil wudhu' dan solat sunat di masjid bi'r ali tu. Kemudian solat magrib dan baru naik bas.

Aku niat buat haji tamatt'u masa dalam bas tu, dan bila sudah niat, maka pantang larangnya haruslah dijaga. Kalau langgar, nnti kena bayar dam. Kena beringat-ingat la yer. Perjalanan dari Madina ke Mekah ambil jarak dalam 400 lebih kilometer atau lebih kurang 5-6 jam.

Bas kami berhenti di satu tempat perhentian, banyak bas yang parking kat situ. Aku nak masuk toilet pun nak kena beratur hampir 10 orang setiap pintu! Satu persatu bas meninggalkan kawasan rehat tu, tp bas aku tak menunjukkan tanda2 untuk bergerak. Bila dah lama tunggu, baru aku tahu bas tu rosak. Tengah dibaiki. Alhmdulillah.. dugaan lagi.

Hampir 3 jam menanti, akhirnya bas lain datang ambik kami. Bas tu mmg selesa la. Syukur. Kami bertolak dari tempat tu kul 10 mlm. Sepanjang perjalanan aku tido je. Letih menunggu.hehe. Sampai kat sempadan Mekah tu nak dekat syuru'. Cuak2 gak terlepas subuh. Aku pun tak tahu nape driver tu tak berhenti kejap masa waktu subuh. Kami solat subuh di sempadan mekah sementara menunggu bas melepasi kawalan di situ.

Selesai semua urusan di situ, bas kami pun bertolak menuju ke hotel di Mekah. Hampir pukul 9 pagi baru kami sampai di hotel. Ini bermakna, perjalanan kami dari Medina ke Mekah yang biasanya dalam 5-6 jam je, kali ni pergi hampir 15 jam! Apa2pun dah sampai kat mekah. alhmdulillah.

*nantikan sambungannya..................

Saturday 4 December 2010

Kembara Haji 2010 (Part 1)




Assalamualaikum w.b.t

Sampai ada sarang labah-labah agaknya blog aku ni sebab dah lama sangat tak berupdate. (hiperbola tak ayat tu?) sebelum ni aku pernah juga berazam nak tulis benda baru paling kurang seminggu sekali. Tapi banyak perkara lain yang harus aku utamakan, akhirnya terkubur begitu shj azamku itu..( sebenarnya aku saje carik alasan, orang lain ramai je lagi sibuk dari aku, tapi boleh je ada masa untuk berblogging.hehe)

Baiklah, kalau ikutkan hati dan perasaan. Memang malas nak duduk depan laptop berjam-jam atau sejam paling kurang untuk menaip ni, lagi-lagi hujung minggu macam ni adalah masa yang sangat ideal untuk saya berISTERI-REHAT dgn kawan-kawan dan juga mesin basuh yang aku dah tak berapa nak sayang tu..Lagi-lagi musim sejuk sekarang ni..hehe

Ok, Kawan-kawanku di Malaysia sangat teruja bila dengar cerita yang aku pergi haji. So, mereka ni mintalah aku ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana. Akhwat kat Jordan pun tak kurang jealousnya sebab mereka tak boleh pergi buat umrah @ haji dari sini sebab ada beberapa halangan. Aku nak cerita dalam chat sorang-sorang mmg tak mampulah kan. Jadinya, aku coretkan pengalaman tu di blog supaya korang dapat baca dan sekaligus menghayati setiap detik perjalananku ketika menunaikan haji. Chewah!

Sila siap sedia untuk meluangkan 15-20 minit untuk membaca entry aku kali ini yang agak panjang, tapi kalau dapat baca lagi cepat lagi bagus. So, korang boleh buat keja-keja lain yang lebih berfaedah daripada menghadap blogku yang tak cantik ni. Nak kena upah designer kot?hehe..

Episod 1

Peringatan! Kisah ini bukan macam drama KCB special ramadhan yang ada sampai 52 episod! Tapi yang pasti, cerita aku ni adaptasi dari pengalaman sebenar manakala KCB tu rekaan semata-mata je 'kowt'. 

Ok. citernya camni, dalam 2 bulan atau sebulan sebelum pergi haji. aku telah berbincang dengan rakan-rakanku di sini dan memikirkan agen travel mana yang patut kami pilih untuk urusan haji ini. Ada 3-4 iklan promosi yang aku tengok dekat PERMAI yahoo group tu. Mula-mula terkejut jugaklah bila tengok harganya antara 480JD-550JD, sedangkan senior aku sebelum ni buat haji harganya 385JD je. Tapi bila tengok balik currency exchange, duit dinar jordan ni dah jatuh sikit. So, naiklah sikit harganya berbanding sebelum ni.

Dalam 3 minggu sebelum pergi haji, aku pun decide ikut travel agent sorang kawan aku ni. Kawan2 satu batch pun pakat ikut sama, takkan aku nak gi ikut orang lain pulak kan? (kadang2 ter'asobiyah' bab2 camni..hehe) Faktor utama yg buat aku pilih ni sebab harganya, byr 425JD. Mmg ada satu agent ni letak harga lagi murah iaitu 375JD, tapi aku takut nak ikut agen tu risau perkhidmatannya masih baru.

Kalau nak tahu, inilah musim haji terkahir aku dekat Jordan ni, sbb tu aku sgt2 berhasrat nak tunaikan haji kali ni sebab aku fikir bila dah balik malaysia, msti dah susah nak pergi. Kalau dapat pergi pun,mesti lmbat lagi. Yelah..Kalau macam Tabung Haji mesti utamakan orang-orang tua dulu. Kalau taknak ikut tabung haji, ikut private tu, Paling kurang 20ribu tau. haa.. mahal kan?? so, aku rebutlah peluang time muda dan tengah belajar dekat sini. Lagi best, dapat buat dgn kawan2. Takyah pikir nak tinggalkan anak kat sape. lol.

Dah settle bayar, masih belum pasti dapat pergi ke tak. Sebab nak kena dapatkan visa dari kerajaan Arab Saudi dulu. Tinggal seminggu before nak bertolak masih belum dapat visa. Pergh! Tak cuak pulak kan? Tapi wakil syarikat tu a.k.a ex-syeikh aku dengan begitu yakin dan percaya bhw kitorang akan dapat visa tu sebab dia cakap budak malaysia baik2,mesti lepas punya!

Nak jadikan citer, parents aku pun nak buat kenduri doa selamat dekat Malaysia sempena aku nak bertolak pergi haji. sedangkan masa tu tak dapat confirmation pasal visa tu. Dalam hati aku cakap "Karang buat doa selamat je lebeh, tetiba tak jadi pergi, mmg tak tau la nk cakap pe kan". Alhmdulillah, akhirnya dapat juga visa tu. Syukur :)

Episod 2

8/11 adalah tarikh aku bertolak ke sana, tarikh awal iatu 10/11 terpaksa diawalkan disebabkan kerjaan Arab Saudi nak tutup sempadan daratnya lebih awal. Kebetulan pula pada hari tu aku ada exam. Ramai kawan2 aku pada mulanya tak nak ambik sebab dorang cakap taknak kelam kabut nak packing barang nnti. Masa malam tu wakil agent tu cakap nak bertolak kul 11 pg. Tapi aku kan pelajar cemerlang (kononnyer!), aku cakap kat dorang aku nak ambil exam jugak. aku nak mintak ambik awal kul 8 pg, sebab exam sepatutnya pukul 12.30 tgh hari. Sekali malam tu jugak kul 10, agent tu cakap bertolak lepas asar..kah2x. Kelam kabut study, aku je steady..kui2x

Habis exam, aku pun packing2 la sikit apa yg patut. update status Fb jap, check2 umah. Kena buat double check, sbb ari tu masa aku gi umrah 10 hari, ada ke patut sorang kawan aku ni tak tutup suis peti ais, TAPI TUTUP main switch! ha.. kan da kena denda buat keja amal bila balik umah..hehe. habis aiskrim aku cair. isk2x.

Bila dah siap semuanya, aku gn housemate aku, abe & jai pun ambiklah taxi dari depan umah pegi ke duwar qubah. Sebab bas tunggu kat sana. Sampai sana, tengok ramai dah senior2 just sampai. Ada jugak kawan2 yg datang sebab nak hantar kitorang. Bdak2 akhwat batch aku xhantar kami tp sponsor makanan kami, waa..terharu seyh.. takpela, banyak pahala tu tolong orang nak gi haji ni.hehe

Tunggu punya tunggu, bas tak datang. Pehtu, agen tu cakap bas dari Amman rosak. Dah kena tunggu bas sampai lepas magrib. Kami pun pergilah ke msjid untuk menunaikan solat magrib sementara menunggu bas tu datang. Dalam kul 6.30mlm gitu, kami pun selamat bertolak dari duwar qubah,irbid..

Episod 3

Pada mulanya, Kami bertolak ke sana dengan selesa sbb ada banyak seat lebih. Rupanya bila sampai Amman, ada lagi orang yang naik. So, xdapat la nak sorang 2 kerusi. Jap! nak tambah citer .. Ada 2 family yang ikut skali dgn kami masa tu. satu dari Albania dan satu lagi dari switzerland. Anak dia kan.. comelll!!! (Budak2 k.. bukan sebaya..)

Perjalanan diteruskan menuju ke sempadan Jordan-Arab Saudi. Berdasarkan citer sorg senior aku ni, dia cakap musim haji ni kadang2 boleh tersadai kat sempadan tu sampai 12 jam, nak menunjukkan betapa banyaknya bas yang masuk ke situ. Sepanjang perjalanan malam tu aku tido je. Kalau bas berenti kat perhentian mana2 je baru aku bangun untuk beli makanan dan buat apa yg patut.

Bas tiba di sempadan lebih kurang kul 2.30 pg, settlekan apa yang patut dengan kastam Jordan, kemudian barulah selesaikan dokumen dgn kastam Arab Saudi, pemeriksaan barang2. Masa tu aku tengok bas tak banyak sangat. kira lega la jugak. selesai semua urusan tu nak dekat subuh. So, kitorang pun solat subuh kat situ. Bila dah selesai kami pun naik bas semula.

Bila nak keluar dari sempadan tu, ada satu sekatan lagi. Tapi yang gi uruskan tu, pemandu bas tu la. Tak tahula apa urusannya,mybe nak dapatkan permit kenderaan atau pe2 yg lain. Masa tu dalam kul 5.30 pagi rasanya, aku pun xsempat nak tengok jam sebab ngantuk. Aku ambil keputusan untuk tido je sementara menunggu bas tu boleh jalan. Ingatkan sekejap, rupanya kul 8pg baru bas tu jalan. Aiyaa.. patutlah bila aku bangun tido rasa macam tempat sama je.huhu. Tp xkisahla, syukur sebab senior aku sebelum ni pegi lagi lama kena tunggu, So, 5 jam tu rasanye ok la kot..hehe

*sebenarnya aku rasa xlarat dah nak menaip, tp aku janji nanti aku sambng tulis untuk part 2.. sorry yer..so,nntikan episod ke 4 pulak. ok, Assalamualaikum w.b.t






Sunday 3 October 2010

Banking Operations : Customer's Deposit



Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya bagaimana sesebuah bank boleh mendapatkan dana/wang? dan seterusnya menjana keuntungan berbillion pada tiap-tiap tahun? benarkah bank hanya sebagai tempat simpan wang yang tak ubah seperti tabung buluh di rumah? atau terdapat 'magnet' yang mampu menarik orang ramai sanggup menghulurkan wang mereka secara sukarela tanpa perlu bank meminta-minta..?

Bagi menjelaskan perkara ini, kita perlu tahu apakah operasi yang dijalankan oleh sesebuah bank (tidak termasuk bank pusat atau bank negara), dengan menjalankan operasi inilah bank dapat mengumpul dana dan menjana keuntungan hasil dari dana yang dikumpul itu. Secara ringkasnya, operasi bank terbahagi kepada 4 bahagian.
  1. Customers's Deposits
  2. Financing
  3. Trade Finance
  4. Other Services
 Pada entry kali ini, saya hanya akan menjelaskan operasi perbankan Bank Islam Malaysia Berhad yang menggunakan Customer's Deposit sahaja. Manakala. operasi yang lain itu akan saya jelaskan pada masa akan datang jika ada kesempatan untuk sy membaca dan mengkaji bahan-bahan bacaan lain yang berkaitan dengan operasi terbabit.

Secara umumnya, deposit sering dedifinasikan oleh kita sebagai wang pendahuluan yang diserahkan oleh individu dengan niat untuk membeli sesuatu barang. Contohnya, Jika anda ingin membeli rumah, anda perlu menyediakan deposit kepada penjual rumah tersebut sebagai tanda komitmen pembelian. Tetapi, deposit yang difahami oleh perbankan ialah wang deposit yang diberi oleh pendeposit lalu deposit tersebut menjadi hutang kepada bank. 

Secara ringkasnya, kebanyakan bank islam menerima deposit dari mana-mana individu berdasarkan 3 jenis akaun berikut:-
  1. Current Accounts (akaun semasa)
  2. Savings Accounts (akaun simpanan)
  3. General Investments Accounts (akaun pelaburan am)
  4. Special Investment Accounts (akaun pelaburan istimewa)

1. CURRENT ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelangganya yang ingin wang simpanannya berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan bank. Pelanggan akaun ini diberi keselesaan sepenuhnya untuk kepenggunaan wang mereka di bawah (akaun semasa) ini berkonsepkan prinsip wadiah.
  • Bank pula meminta izin daripada pelangganya untuk menggunakan atau mengeksploitasi wang/dana mereka sepanjang wang/dana tersebut masih berada di bank.
  • Para pelanggan akaun ini boleh mengeluarkan sebahagian atau seluruh baki wang simpanan mereka di bank pada bila-bila masa sahaja ketika mereka perlu dan pihak bank memberi jaminan akan pembayaran kembali baki wang yang masih ada.
  • Semua keuntungan yang dijana bank di atas penggunaan dana pelanggan tersebut hanya akan dinikmati oleh pihak bank sahaja.
  • Bank menyediakan kepada para pelanggan akaun ini dengan buku cek dan apa-apa jua perkhidmatan yg berkaitan dengan (akaun semasa).

2. SAVINGS ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelangganya yang ingin wang simpanannya berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan bank. Pelanggan akaun ini diberi keselesaan untuk kepenggunaan wang mereka di bawah (akaun simpanan) ini bersama imbuhan yang kebiasaanya diberi oleh bank yang berkonsepkan prinsip wadiah.
  • Bank pula meminta izin daripada pelangganya untuk menggunakan atau mengeksploitasi wang/dana mereka sepanjang wang/dana tersebut masih berada di bank.
  • Para pelanggan akaun ini boleh mengeluarkan sebahagian atau seluruh baki wang simpanan mereka di bank pada bila-bila masa sahaja ketika mereka perlu dan pihak bank memberi jaminan akan pembayaran kembali baki wang yang masih ada.
  • Segala keuntungan yang diperoleh hasil kegunaan wang/dana yang terdapat di bank,berbeza dengan (akaun semasa), pihak bank kebiasaanya akan komitmen dalam memberikan imbuhan kepada pelangganya dengan memberi beberapa bahagian daripada nilai keuntungan yang diperoleh sebagai tanda penghargaan di atas keizinan mereka membenarkan wang/dana mereka di dalam bank dieksploitasi oleh pihak bank dari semasa ke semasa.
  • Bank akan membekalkan kepada pelanggan akaun ini dengan Savings Pass Books dan servis-servis lain yang berkaitan dengan akaun simpanan.

3) GENERAL INVESTMENT ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelanggan yang melihat kepada peluang pelaburan bagi dana mereka di bawah (akaun pelaburan am) dengan menggunakan konsep prisip mudharabah.
  • Deposit tersebut perlu disimpan atau dikekalkan dalam tempoh-tempoh tertentu yang ditetapkan oleh bank. Bagi menjalankan operasi tersebut dengan sepenuhnya, maka pihak bank akan menetapakn waktu simpanan deposit berdasarkan tempoh-tempoh berikut :-
1 bulan @ 3 bulan @ 6 bulan @ 9 bulan @ 12 bulan @ 15 bulan @ 18 bulan @ 24 bulan @ 36 bulan @ 48 bulan @ 60 bulan dan ke atas.
  • Dari asas sudut shariah, pihak bank bertindak selaku 'entrepreneur'  (pengusaha) dan pendepositor pula bertindak sebagai 'provider of capital' (pemberi modal) dan kedua belah pihak akan menetapkan nisbah perkongsian keuntungan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh mereka hasil dari janaan wang/dana tersebut. Bank kebiasaanya memberi pembahagian berdasarkan ratio 70:30, iaitu 70% keuntungan akan diserahkan pada pemberi modal dan 30% diambil oleh bank itu sendiri. Walaubagaimanapun, ratio ini mungkin berubah dari masa ke masa berdasarkan persetujuan yang disepakati.
  • Jika kerugian yang diperoleh, maka ia akan ditanggung oleh pelanggan akaun ini yang bertindak selaku pemberi modal.
  • Pelanggan hanya sebagai pemberi modal dan tidak terlibat dalam urusan penjanaan dana pelaburan tersebut.


4) SPECIAL INVESTMENT ACCOUNTS
  • sebagai tambahan dari akaun-akaun di atas yang menerima deposit dari orang ramai, bank juga turut menerima deposit daripada kerajaan atau agensi korporat lain di bawah (akaun pelaburan istimewa). Akaun ini juga beroperasi dengan menggunakan konsep mudharabah, tetapi mode atau ruang pelaburan dana tersebut dan juga ratio pembahagiaan keuntungan kebiasaanya akan dirunding secara individu.

Buku rujukan :

An Introduction to Islamic Economics & Finance
Chapter 13: Bank Islam Malaysia Berhad: "Principles and Operations"
Center for Research and Training Publications 

p/s: maklumat di atas kebanyakannya hanya saya baca dan terjemah semula.


Thursday 23 September 2010

Berpesan-pesan sesama remaja


وَتواصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


Ku mulakan coretan kali ini dengan membawa sepotong firman allah dalam surah al-asr yang bermaksud "Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". Membaca ayat ini sahaja sudah pasti mendatangkan satu persoalan kepada kita iaitu perkaitan di antara berpesan dan sikap sabar. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita sudah sedia maklum akan konsep berpesan yang dianjurkan agama. Namun, kadangkala sikap berlepas tangan masyarakat Islam kini dalam menyampaikan pesanan mengakibatkan pelbagai kesan negatif telah berlaku dan akhirnya menjadi barah yang sukar diubati.

Kelompok masyarakat yang paling teruk terjejas dengan kesan-kesan negatif adalah dari kalangan remaja. Remaja yang diharapkan bakal menjadi peneraju generasi masa hadapan yang lebih gemilang tampaknya makin pudar. Namun, sebagai seorang yang masih bergelar remaja, aku juga punya keinginan untuk mengajak remaja lain ke arah yang lebih baik agar tidak tersasar jauh. Tetapi mampukah aku berbuat demikian?

Aku bukanlah seorang pengkaji sosiologi remaja, tetapi aku tahu apa yang dimahukan oleh kebanyakan remaja kerana aku juga seorang remaja! Pada pemerhatian ku, remaja inginkan kebebasan, dengan kata lain bebas dari kongkongan ibubapa. Bagi mereka, ini adalah satu bentuk 'penjara' yang membataskan pergerakan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Kedangkalan pemikiran serta kurangnya kesedaran mengakibatkan 'Kebebasan' yang dinikmati telah disalahguna. Akhirnya memakan diri sendiri dan menggelapkan masa depan yang masih belum muncul sinarnya.

Soal pengaruh rakan juga merupakan elemen penting dalam sikap seorang remaja. Biarpun sekuat mana mereka cuba bertahan, akhirnya ramai yang tertewas. Dek suasana persekitaran yang tidak sihat mengakibatkan diri terpaksa mengikut arus dan tak berdaya melawannya. Ibubapa juga perlulah memainkan peranan penting dalam mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Ini adalah supaya ibubapa dapat memastikan aktiviti anak bersama rakan dalam keadaan terkawal.

Sememangnya terlalu banyak faktor yang mempengaruhi kerosakan remaja. Jika ditulis satu persatu, tentu sekali tidak larat untuk membacanya. Biar beribu masalah yang dihadapi untuk mengubah remaja2 ini, jangan kita lupa bahawa agama  merupakan solusi terbaik dalam mencari jalan penyelesaian. Dan Allah telah menjadikan Islam sebagai panduan terbaik dalam hidup seorang manusia.

Dalam menyampaikan pesanan atau dakwah kepada mereka, seharusnya kita terlebih dahulu memahami masalah yang dihadapi mereka. Gunakanlah budi bicara yang sesuai dan penuh dengan kata hikmah. Pesanan yang dicampuri dengan nada2 sinis dan caci maki amat dibenci oleh mereka. Jangan ada unsur paksaan yang melampau. Jangan terlalu keras dalam meletakkan hukum agama pada mereka, cukup sekadar memberi penerangan yang mudah difahami dan membuatkan mereka kembali berfikir. Kerana perubahan yang kita mahukan adalah dari keikhlasan hati mereka, bukannya kerana orang lain. 

Ketika berpesan-pesan, jangan terlalu mengharapkan reaksi positif. Anda harus lebih bersedia dengan reaksi negatif mereka. Jangan terlalu ambil hati jika dimaki semula, anggaplah ia sebagai satu ujian dan cabaran yang harus ditempuhi. Paling penting harus bersikap sabar, bersabarlah seperti baginda nabi s.a.w. Biar dihina dengan pelbagai cara, namun baginda tetap tiada dendam dan membalas dengan perkara kebaikan. Sebab itu, syarat untuk berpesan itu harus memiliki kesabaran sekaligus memasukkan diri ke dalam golongan soleh seperti mana ayat quran sebelumnya yang bermaksud "kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh".

Akhir sekali, bersyukurlah pada allah sekiranya anda berada dalam kelompok kecil yang dipelihara allah dari kerosakan generasi remaja. Peringkatkanlah pesanan dan dakwah kepada mereka yang tergelincir dari landasan kebenaran. Gunakanlah apa juga cara selagimana dihalalkan syarak untuk menarik mereka. Berdoalah supaya Allah berikan ketabahan dalam diri dan tetap di atas jalan-NYa di samping mendoakan moga allah memberikan petunjuk kepada mereka semua. Moga kita semua jadi hamba-NYA yang bertaqwa..

Tuesday 17 August 2010

Ramadhanku di sini



Assalamualaikum w.b.t

Hampir sebulan lebih juga ku tak meng'update' blogku ini dengan entry-entry terbaru. Mungkin disebabkan jadual pengajian ketika semester pendek agak padat membuat aku tidak berkeinginan untuk memikirkan apa yang mahu disampaikan. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya jika ada kisah yg mahu ku titipkan, pasti ku coretkan di sini buat kengkawan yg mengenali diriku ini..

Semester pendek di Jordan atau lebih feymes kami panggil, semester soifi telah melabuhkan tirainya. Samada suka atau tidak dengan keputusan yang diperoleh, kita harus bersyukur pada Allah s.w.t. kerana syukur itu bukan saja harus diungkap tika senang, bahkan tika susah juga harus bersyukur. Biarpun kita merasa sudah berusaha sebaik mungkin, namun Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kita. Jika bukan rezeki saat ini, mungkin di waktu lain akan kita peroleh. Apa yang penting, kita harus tetap bersangka baik dengan Allah ta'ala. Jangan lupa juga untuk istiqamah dan perbaiki kelemahan untuk pertingkatkan pencapaian pada masa akan datang..

Di dalam kesibukan mengharungi final exam yang berderet2, masih sempat juga aku melihat semangat orang Islam dalam menyambut kedatangan bulan ramadhan. Kalau di Wall Facebook ku itu, hampir setiap hari ada saja poster2 yg mengingatkan tentang kelebihan menggandakan amalan di bulan ramadhan ini. Tak kurang juga status2 rakan FB yang mengajak mengingati kemulian bulan ini. Alhamdulillah, semangat inilah yg harus diteruskan agar suasana saling mengingati antara satu sama lain menjadi prinsip dalam kehidupan kita. Kalau di Negara2 Arab, perkataan yg sering diungkapkan oleh mereka ketika bulan ini ialah 'Ramadhan Kareem', dan balas la dengan menyebut 'Allahuakram' sebagai tanda menghargai ucapan mereka pd kita.

Pada tahun lepas, puasaku tidaklah terlalu dipenuhi dgn amalan2 sunat. Hanya membuat aktiviti harian biasa, hantar adik gi sekolah, baca paper, basuh baju, sidai kain,basuh pinggan, ngajar tuisyen,ambik adik balik skola, masak nasik..Ops! time tu x reti masak nasi lagi..ngeee..Tahun ini, ku cuba la untuk tingkatkan lagi amalan2 ibadah yg berganda2 pahalanya..dan perlu juga diingatkan bhw biarpun bulan ramdhan ini menjanjikan pulangan pahala yg berganda, namun jika kita melakukan dosa, maka ia juga berganda..kesimpulannya, jangan buat dosa yer..lau sedar buat dosa, cepat2 istighfar..Yakinlah bahawa keampunan allah itu mengatasi kemurkaanya..

Ramadhan ku kali ini di bumi Jordan, suasana yg cukup berbeza.. Tiada bazar ramadhan,tiada bunyik mercun buluh, tiada selawat yg biasa menyelangi solat terawih, tiada iklan2 discount sales baju raya,tiada lagi pasang lampu pelita depan umah, dan macam2 lagi... Ini kerana masyarakat Arab tidak sama seperti masyrkt Malaysia, dan sudah tentu kondisi budaya dan adat juga berbeza. Macam mana pun, begitulah adat sang perantau. Harus bersedia menerima apa juga keadaan supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.

Puasa di Jordan mungkin agak lama sedikit dengan malaysia sebab habis waktu bersahur pukul 4.30pg dan buka puasa pula pukul 7.30 malm. Mujur juga semester pendek ku habis selepas puasa hari pertama, dengan keadaan cuaca yg agak panas..sudah tentu aku pun boleh jadi lembik..hehe. Juadah tika sahur dan berbuka  kadang dimasak housemate aku,dan kdg 'aku' yg masak (paham2 la lau ada tanda ' ' tu yer..huhu) dan ada juga beli makanan di luar. Bagus juga tiada bazar ramadhan. at least nafsu makan tidakla hebat sgt dan pembaziran juga tak berlaku.. Paling penting, dapat menjaga kecantikan badan aku ni...haha..

Aku sering solat terawih di Masjid Universiti Yarmouk yang tidak jauh sgt dari kediaman umah sewaku.Kira 8 minit jalan kaki.. Solat terawih sepanjang ramadhan ini diimamkan oleh seorang syeikh yang tidak asing lagi di bumi Irbid ini iaitu Syeikh Ma'mun. Mukanya nampak tenang dan muda, suaranya pula amat merdu tika mengalunkan ayat-ayat Allah. Pernah rakanku bertanya sejak bila syeikh ma'mun mula menjadi Imam di sini pd guru quran ku.. Lalu beliau menjawab bhw syeikh ma'mun telah menjadi imam di sini sejak 20 tahun yg lalu. Jika dicongak2 dgn umur syeikh ma'mun yang mungkin dlm lingkungan 40an, berkemungkinan besar beliau sudah menggalas tugas Imam pd umur 20an. Hebat bukan.??

Ramadhanku di sini mungkin yang pertama kali dan terakhir di bumi Jordan, tahun depan jika tiada arah melintang..Ku akan habis pengajian pd bulan Jun. Maknanya, tak sempat ramadhan lagi di sini.. Takpela, mama n abah tentu dah rindu nak berbuka puasa dgn aku..sabar yer, tahun depan..tak lama da...Tapi pasal raya kat Malaysia, masih dalam pertimbangan..hehe

Saat yg best puasa di perantauan ni ialah bebudak sibuk nak hntar salam perantauan. Aku dan Abe (budak umah aku) pada mulanya plan nak gambar ramai2 satu batch dgn pakai baju melayu..tapi bila pikir balik mmg leceh la kan nak kumpul sume bergambar gn baju melayu semata2 nak hantar kat salam perantauan..hehe..so, pastu Abe masukkan satu gambar yg memuatkan aku,abe,alan,pedo n syah.. Mula2 saje je la hntar kan..mana nak tau bleh masuk ke x, bukan sorang dua je budak2 yg study oversea ni hntar gambar..berlambak2!! Abe masukkan kat Kosmo dan Utusan Malaysia,,,tp ntah camne..Dua-dua paper tu publish gambar kitorang kat paper,,haha,, glamorous kejap..

Akhir kata, Ku ucapkan selamat menyambut ramadhan kpd kedua ibubapa yg ku cintai, encik Johari md zain (panggilan glemer nyer Cik Joe), pn. rahimah ab manan (glemernye cik mah), my beloved sister n brother..haziq n tikah, juga buat guru2,tenaga pensyarah serta rakan2 yg mengenaliku samada di Gombak,Seri Al-Huda, SM (agama) Al-Ulum Ad-Dinniah Dong,Pahang,Kulliah Sultan abu bakar,Kolej Antarabangsa IKIP,dan di Jordan ni.. Moga puasa tahun ini lebih baik dari puasa sebelum ini. Puasa jangan tak pose,,

p/s: Abe dah start pasang lagu raya kat umah... :-)

Sunday 18 July 2010

Ekonomi sebagai medium dakwah

Assalamualaikum w.b.t

Pada tahun lepas, Dunia menghadapi kegawatan ekonomi yang teruk. Bermula kegawatannya di Amerika Syarikat kemudian merebak ke kebanyakan negara terutamanya negara yang mempunyai hubungan perdagangan import dan eksport barangan. Dan jika diperhatikan, kebanyakan negara yang mempunyai hubungan ekonomi yang rapat dengan mereka adalah dikalangan negara-negara membangun dan juga negara-negara miskin. Sudah pasti, ia memberi kesan dan impak negatif kepada sektor ekonomi negara terbabit. Kegawatan ekonomi yang melanda amerika syarikat ketika itu adalah berpunca dari ekonomi sub-prima. Secara ringkas, ia berlaku kerana tunggakan hutang yang terlampau tinggi yang ditanggung oleh peminjam dan pada masa yang sama BANK menghadapi masalah untuk membayar kepada pendeposit2 wang simpanan. Dalam kekalutan yang berlaku, Kerajaan Amerika telah meluluskan usul dana kewangan berjumlah 3 trillion untuk menyelamatkan ekonomi negara terbabit.

Begitulah serba sedikit kronologi yang berlaku ketika itu. Kita lihat pula pd kegawatan ekonomi yang melanda Asia Tenggara sekitar tahun 1997/98 dahulu. Ia berlaku akibat permainan bijak George Soros dalam memanipulasikan pertukaran mata wang antarabangsa. Begitulah Ekonomi Dunia yang mengalami pasang surutnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa sistem ekonomi yang diguna pakai ketika ini sebenarnya tidaklah kukuh seperti yang dijangka. Terlalu banyak kecacatan dan kekurangan apabila ia adalah hasil dari pemikiran cetek manusia. Apabila kegawatan berlaku, ia menimbulkan pelbagai masalah kepada semua sektor samada dari sektor perdagangan antarabangsa, kesihatan, pelancongan, perkhidmatan, pendidikan, perindustrian dan sebagainnya. Dalam pada ,masa sama, ia memakan masa yang bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Sebab itu, saya tidak akan bersetuju jika ada yang berpendapat bahawa masalah ini merupakan masalah cebisan. Ekonomi merupakan satu elemen yang teramat penting dalam sesebuah negara. Kekuatan sesebuah negara bergantung pada sistem ekonomi yang kuat. Di Malaysia, KPT masih menyenaraikan bidang Ekonomi sebagai bidang krtikal selain perubatan,kejuruteraan dan terdapat beberapa lagi bidang yang diklasifikasikan sebagai kritikal. Cuma saya kurang bersetuju jika terlampau ramai pelajar dihantar ke negara Barat untuk mendalami bidang ekonomi dan sains aktuari. Kerana bagi saya, ia hanya meneruskan sistem konvensionalis dan ia tidak membawa sebarang perubahan baik dalam sistem ekonomi dunia. Golongan cerdik pandai ini mungkin boleh memberi impak yang baik jika mereka mempunyai kesedaran untuk merubah sistem ekonomi yang mereka pelajari kepada sistem ekonomi islam yang sebenar. Sama2 kita doakan.

Mungkin ada yang meragui tentang keberkesanan ekonomi islam berbanding ekonomi konvensional memandangkan ia tidak pernah dipraktikkan. Sebenarnya, sistem ekonomi islam telah digunakan sejak kedatangan Islam yang dibawa Rasululullah S.A.W. Ia terbukti dengan kemampuan Rasulullah mentadbir negara Madinah hanya dengan sumber dari Baitulmal! Sedangkan sekarang ini,(Malaysia cthnya) sumber ekonomi negara bukan saja datang dari zakat, bahkan pelbagai jenis tax yang dikenakan. Sebut saja cukai apa, cukai jalan, cukai rumah, cukai tanah, cukai pendapatan.. (makan KFC pun ada tax..:) Ini tidak termasuk lagi dengan keuntungan hasil galian negara spt petroleum,balak,air dll yang sudah pasti menghasilkan berbiliion2 ringgit saban tahun. Namun, hakikatnya kita masih dibebani dengan hutang yang tinggi, masalah kemiskinan yang tidak pernah selesai, masalah sosial yang menggila dan pelbagai lagi. Sedangkan kita mempunyai dana yang BANYAK!

Apakah puncanya? Sikap.. jawapan yang menjawab segala persoalan tersebut. Sikap hasad dengki melihat kemewahan orang lain, tamak dalam mengumpul harta, tiada kesedaran untuk membantu orang lain dsbnya.. Islam tidak mengajar sedemikian dalam sistem ekonominya. Islam mengajar bagaimana mengeksploitasi segala sumber yang ada dengan disiplin2 tertentu cthnya tiada pembaziran berlaku. Begitu juga dalam mengkayakan hasil bumi, sistem ekonomi Islam melarang jika tanah dibiarkan kosong tanpa sebarang hasil. Bahkan sesebuah kerajaan dibolehkan untuk membangunkan sebarang hasil ekonomi di situ tanpa kebenaran dari pemilik. Tetapi, ini tidak bermakna semua sumber harus digunakan sekaligus. Islam meletakkan garis panduan yg cukup hebat dalam menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia dengan sebaiknya.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh perihal kenaikan harga yang berlaku baru-baru ini di tanah air secara terperinci. Cuma saya ingin nyatakan bahawa TIDAK MUNGKIN berlaku ketetapan harga selama-lamanya. INFLASI akan berlaku, MUSTAHIL untuk menafikannya. Berkemungkinan juga disebabkan kewangan negara yang hampir mencecah defisit membuatkan kerajaan terpaksa mengambil beberapa tindakan terbaik bagi membendung masalah yang lebih serius pada masa depan. Dan pada masa yang sama, Kerajaan juga tidak harus mengambil sikap berdiam diri daripada memaklumkan kepada rakyat kemanakah hasil wang negara disalurkan. Barulah rakyat merasa tidak ditipu dan sedia memberi kerjasama terbaik dalam memulihkan ekonomi negara.

p/s: saya mintak maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta. Saya tak tahu sangat menulis2 ni, tapi harap korang dapat ambik faedah dari posting saya kali ni.. :-)

Monday 12 July 2010

Musim Soifi yang panas!

Apa benda la letak tajuk camni.. 'Soifi' tu dlm b.arab, dalam bahasa malaya maksudnya musim panas, memang jadi hukum alam la kan kalau cuaca PANAS pun!! Eh?! suka hati la nak letak tajuk ape pun..bukan blog korang kan? Hehe..Dah nak dekat sebulan aku study semester ni.. Pejam celik2, Pastu celik2 pejam..Tup-tup 1st test dah start. Mmg masa cepat betul berlalu. Lagipun, mmg dah akhir zaman kan..camtu la. Yang penting, kita hargai setiap detik dan waktu yang tuhan bagi pd kita dengan perkara2 berfaedah..

Short sem ni aku ambik 3 subjek je. Mula-mula pikir macam nak ambik 4 subjek. Tapi, pikir2 balik..nanti susah lak nak fokus. (Bajet macam selama ni fokus..lol?) Aku ambik subjek Fiqh Muamalat 2, Sports in our life dan The culture of Beauty?! alamak..aku nak sebut ambik subjek ni pun dah naik bulu roma aku. Apa ke her nye aku ambik subjek cam pompuan ni.. Relax2..aku cuma ikut saranan senior2 (seronok eh korang dah dapat balik Malaysia! Jealous giler!!) Dorang cakap leh skor A. Aku ikut je la kan..hehe

Kelas aku start kul 8pg sampaila balik kul 11.30pg. Teringat mcam kat tadika dulu,.,sekejap je..lalala..Tp,time soifi ni. Mmg student pikir nak balik awal je. Makin lambat balik, makin panas la cuaca kat luar tu,. Walaupun panasnye xdela beria sangat. Tapi, jenis PUTERA LILIN cam aku ni mmg sangat menjaga kulit (Tak sedar diri weh!!)kuang2x.. Breakfast aku besenyer lepas kelas sports, alang2 ada ruang waktu 30 minit sebelum masuk kelas seterusnya. Baik aku isi perut kan?? Cukup la makan Falafil dan jus satu..boleh tahan sampai petang,,

Aku sebnarnya nak post gak pengalaman aku buat umrah time cuti tempoh hari..pertama kali dalam hidup beb! sape x teruja kan?? Tapi..aku sibuk sikit la sekarang ni (kononyer)..lagi2 Pilihanraya PERMAI dah dekat..aku pun pening pikir nak pangkah sape..semua ada advantage..hehe.. Asalkan aku x buat UNDI ROSAK sudah la kan?? hehe.. Ok la..sekian dulu,,salam..

Sunday 14 March 2010

Hukum Dan Bahaya Riba'


Assamualaikum Warahmatullah.
Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Taala kerana artikel saya telah disiarkan oleh akhabr Harian pada 24 April 2008 (Jumaat). Artikel bertajuk Pemberi, Penerima Riba Umpama Binatang Buas telah dikeluarkan di bahagian Agama akhbar Berita Harian. Di sini saya letakkan artikel asalnya bertajuk Bahaya Riba untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

BAHAYA RIBA

Firman Allah Taala bermaksud:
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
(Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Menurut para ulama, riba ialah kontrak yang dimenterai sebagai pertukaran barangan tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai, pertukaran ini tidak diketahui kesamataraannya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. Adapun Riba yang diharamkan ini ada dua jenis iaitu: Riba Nasiah dan Riba Fadl.
1. Riba Nasiah bermaksud: Riba dengan penundaan pembayaran. Riba ini juga boleh dinamakan dengan Riba Ajal.
2. Riba Fadhl pula bermaksud: Riba dengan melebihkan atau menambah sesuatu. Manakala mazhab Shafie menambah Riba Yad yang bermaksud: Riba dengan penangguhan penyerahan.

Firman Allah Taala bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda.
(Surah Ali-Imran: Ayat 130).

Fokus saya pada tulisan ini bukanlah untuk menerangkan hukum riba kerana saya pasti bahawa semua orang sudah sedia maklum bahawa riba hukumnya adalah haram. Namun penulisan ini saya ingin fokuskan mengenai bahaya-bahaya dan kesan buruk pengambilan dan pengamalan riba terhadap individu, masyarakat dan negara. Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia. Rasulullah S.A.W. juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maka jika kamu tidak mengejakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya menyatakan perang terhadap kalian.
(Surah al-Baqarah: Ayat 279).

Dari Jabir R.A. berkata bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama.
(Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).

Di antara kesan buruk riba terhadap individu adalah melahirkan individu bersikap ego. Pelaku riba hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan memikirkan perihal diri sendiri sahaja. Sikap ego ini akan menghilangkan semangat pengorbanan dalam mendahulukan orang lain serta akan lenyap erti kasih untuk menjaga kebajikan kepada sesama masyarakat maka akan pudarlah ikatan persaudaraan antara sesama manusia. Pelaku riba umpama binatang yang buas. Di dalam kehidupan seharian, fikiran mereka hanyalah berlegar-legar di sekitar untuk mengumpulkan harta kekayaan dan menghisap darah saudara seagama mereka sendiri. Riba juga akan menghilangkan nilai kemuliaan dan rasa kasih sayang dan menggantikannya dengan sifat tamak dan serakah padahal sifat tamak adalah dari bangsa Yahudi yang menyebarkan riba dalam masyarakat di dunia ini.


Adapun bila ditinjau dari sudut ekonomi, bahaya riba itu sangat nyata dan jelas kerana ia membahagikan manusia menjadi dua kelompok: Kelompok yang hidup dalam kemewahan dan kelompok yang terjerumus dalam kefakiran.

Kelompok yang hidup dalam kemewahan ini bersenang-senang dengan hasil keringat orang lain. Masyarakat tidak pernah mendapat manfaat dan keuntungan daripada kemewahan mereka. Mereka telah merampas hasil susah payah orang lain dengan kejam melalui amalan riba. Dengan demikian para pekerja akan mula menganggur dan pertumbuhan ekonomi menjadi lumpuh kerana orang-orang yang tamak itu hanya menunggu keuntungan yang melimpah tanpa melakukan usaha. Kelompok yang terjerumus dalam kefakiran ini pula adalah orang yang membanting tulang dan bekerja keras sedangkan hasil usahanya dinikmati oleh para pemilik harta. Dengan itu akan muncul bibit-bibit perpecahan dan pertentangan di antara kedua-dua kelompok tersebut. Dari sini jugalah telah terbit aliran yang disebut sebagai kapitalisme dan komunisme.

Ditinjau dari aspek kemasyakatan, riba akan melahirkan rasa permusuhan dan kebencian antara anggota masyarakat. Riba juga menjadi penyebab hilangnya ikatan-ikatan kemanusiaan dan persaudaraan di pelbagai peringkat masyarakat serta akan menghancurkan prinsip-prinsip belas kasihan dan kebaikkan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah Taala menyatakan perang terhadap para pelaku riba dan memberikan peringatan bahawa Dia akan menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya serta akan melaknat pelakunya.

Firman Allah Taala bermaksud:
Allah memusnahkan (keberkatan riba) dan menyuburkankan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.
(Surah al-Baqarah: Ayat 276).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan. Salah satu di antaranya: Memakan riba.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebahagian besar bank-bank konvensional di Amerika Syarikat dan Eropah berada di bawah pengendalian Yahudi. Apabila mereka dapat menguasai ekonomi negara-negara tersebut maka secara tidak langsung mereka juga turut menguasai politik. Walaupun bilangan mereka amat sedikit di dunia ini tetapi dengan harta kekayaan yang mereka miliki itu, mereka dapat membuat negara-negara itu menjadi sekutu mereka dalam melakukan kezaliman terhadap umat Islam di serata tempat. Dengan penguasaan ekonomi ini jugalah mereka boleh menguasai pemerintahan sesebuah negara itu. Sesiapa yang tidak sependapat dengan kejahatan mereka akan dihancurkan bahkan dibunuh seperti yang berlaku kepada bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy.

Umat Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam. Bank-bank juga disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini. Umat Islam mesti bangkit untuk menghapuskan riba.

Firman Allah Taala bermaksud:
Barangsiapa yang kembali mengambil riba maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah: Ayat 275).


Daripada:
MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.
Universiti Al-Azhar, Mesir.
Blog: http://buluh.iluvislam.com.
Link Rujukan