Sunday 18 July 2010

Ekonomi sebagai medium dakwah

Assalamualaikum w.b.t

Pada tahun lepas, Dunia menghadapi kegawatan ekonomi yang teruk. Bermula kegawatannya di Amerika Syarikat kemudian merebak ke kebanyakan negara terutamanya negara yang mempunyai hubungan perdagangan import dan eksport barangan. Dan jika diperhatikan, kebanyakan negara yang mempunyai hubungan ekonomi yang rapat dengan mereka adalah dikalangan negara-negara membangun dan juga negara-negara miskin. Sudah pasti, ia memberi kesan dan impak negatif kepada sektor ekonomi negara terbabit. Kegawatan ekonomi yang melanda amerika syarikat ketika itu adalah berpunca dari ekonomi sub-prima. Secara ringkas, ia berlaku kerana tunggakan hutang yang terlampau tinggi yang ditanggung oleh peminjam dan pada masa yang sama BANK menghadapi masalah untuk membayar kepada pendeposit2 wang simpanan. Dalam kekalutan yang berlaku, Kerajaan Amerika telah meluluskan usul dana kewangan berjumlah 3 trillion untuk menyelamatkan ekonomi negara terbabit.

Begitulah serba sedikit kronologi yang berlaku ketika itu. Kita lihat pula pd kegawatan ekonomi yang melanda Asia Tenggara sekitar tahun 1997/98 dahulu. Ia berlaku akibat permainan bijak George Soros dalam memanipulasikan pertukaran mata wang antarabangsa. Begitulah Ekonomi Dunia yang mengalami pasang surutnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa sistem ekonomi yang diguna pakai ketika ini sebenarnya tidaklah kukuh seperti yang dijangka. Terlalu banyak kecacatan dan kekurangan apabila ia adalah hasil dari pemikiran cetek manusia. Apabila kegawatan berlaku, ia menimbulkan pelbagai masalah kepada semua sektor samada dari sektor perdagangan antarabangsa, kesihatan, pelancongan, perkhidmatan, pendidikan, perindustrian dan sebagainnya. Dalam pada ,masa sama, ia memakan masa yang bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Sebab itu, saya tidak akan bersetuju jika ada yang berpendapat bahawa masalah ini merupakan masalah cebisan. Ekonomi merupakan satu elemen yang teramat penting dalam sesebuah negara. Kekuatan sesebuah negara bergantung pada sistem ekonomi yang kuat. Di Malaysia, KPT masih menyenaraikan bidang Ekonomi sebagai bidang krtikal selain perubatan,kejuruteraan dan terdapat beberapa lagi bidang yang diklasifikasikan sebagai kritikal. Cuma saya kurang bersetuju jika terlampau ramai pelajar dihantar ke negara Barat untuk mendalami bidang ekonomi dan sains aktuari. Kerana bagi saya, ia hanya meneruskan sistem konvensionalis dan ia tidak membawa sebarang perubahan baik dalam sistem ekonomi dunia. Golongan cerdik pandai ini mungkin boleh memberi impak yang baik jika mereka mempunyai kesedaran untuk merubah sistem ekonomi yang mereka pelajari kepada sistem ekonomi islam yang sebenar. Sama2 kita doakan.

Mungkin ada yang meragui tentang keberkesanan ekonomi islam berbanding ekonomi konvensional memandangkan ia tidak pernah dipraktikkan. Sebenarnya, sistem ekonomi islam telah digunakan sejak kedatangan Islam yang dibawa Rasululullah S.A.W. Ia terbukti dengan kemampuan Rasulullah mentadbir negara Madinah hanya dengan sumber dari Baitulmal! Sedangkan sekarang ini,(Malaysia cthnya) sumber ekonomi negara bukan saja datang dari zakat, bahkan pelbagai jenis tax yang dikenakan. Sebut saja cukai apa, cukai jalan, cukai rumah, cukai tanah, cukai pendapatan.. (makan KFC pun ada tax..:) Ini tidak termasuk lagi dengan keuntungan hasil galian negara spt petroleum,balak,air dll yang sudah pasti menghasilkan berbiliion2 ringgit saban tahun. Namun, hakikatnya kita masih dibebani dengan hutang yang tinggi, masalah kemiskinan yang tidak pernah selesai, masalah sosial yang menggila dan pelbagai lagi. Sedangkan kita mempunyai dana yang BANYAK!

Apakah puncanya? Sikap.. jawapan yang menjawab segala persoalan tersebut. Sikap hasad dengki melihat kemewahan orang lain, tamak dalam mengumpul harta, tiada kesedaran untuk membantu orang lain dsbnya.. Islam tidak mengajar sedemikian dalam sistem ekonominya. Islam mengajar bagaimana mengeksploitasi segala sumber yang ada dengan disiplin2 tertentu cthnya tiada pembaziran berlaku. Begitu juga dalam mengkayakan hasil bumi, sistem ekonomi Islam melarang jika tanah dibiarkan kosong tanpa sebarang hasil. Bahkan sesebuah kerajaan dibolehkan untuk membangunkan sebarang hasil ekonomi di situ tanpa kebenaran dari pemilik. Tetapi, ini tidak bermakna semua sumber harus digunakan sekaligus. Islam meletakkan garis panduan yg cukup hebat dalam menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia dengan sebaiknya.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh perihal kenaikan harga yang berlaku baru-baru ini di tanah air secara terperinci. Cuma saya ingin nyatakan bahawa TIDAK MUNGKIN berlaku ketetapan harga selama-lamanya. INFLASI akan berlaku, MUSTAHIL untuk menafikannya. Berkemungkinan juga disebabkan kewangan negara yang hampir mencecah defisit membuatkan kerajaan terpaksa mengambil beberapa tindakan terbaik bagi membendung masalah yang lebih serius pada masa depan. Dan pada masa yang sama, Kerajaan juga tidak harus mengambil sikap berdiam diri daripada memaklumkan kepada rakyat kemanakah hasil wang negara disalurkan. Barulah rakyat merasa tidak ditipu dan sedia memberi kerjasama terbaik dalam memulihkan ekonomi negara.

p/s: saya mintak maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta. Saya tak tahu sangat menulis2 ni, tapi harap korang dapat ambik faedah dari posting saya kali ni.. :-)

No comments:

Post a Comment