Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts

Saturday, 12 March 2011

Mengapa perlu berkahwin?

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :



Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).




Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.


Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)


Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan


Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)


Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.


Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.


Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.


Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.


Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.


Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.


"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

Tuesday, 21 December 2010

cerita otak


Assalamualaikum w.b.t

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya baca dari sebuah buku yang berjudul "Miracles in Our bodies" hasil tulisan oleh ilmuwan tersohor iaitu Harun Yahya (penname). Saya sebenarnya baru sahaja menamatkan 2nd test saya kelmarin dan sekarang sedang meniti hari-hari yang genting sebelum berdepan dengan Final exam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya masih sempat mencuri sedikit masa untuk membaca buku ini dan saya anggap ia sebagai 'reward kecil' buat masa sekarang sebelum tiba masa untuk saya bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran pula bagi peperiksaan akhir nanti.

Buku ini saya beli di Mekah ketika menunaikan haji tempoh hari. Saya membelinya di sebuah kedai buku yang terletak di dalam pusat membeli belah Bin Dawood. Pada mulanya, saya tidak berminat untuk membeli sebarang buku di situ biarpun ada rakan-rakan lain yang membeli buku-buku terbaru keluaran CERT yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang pengajian saya. Namun perasaan yang sebelumnya tadi kurang tertarik berubah  menjadi sangat tertarik apabila terpandang koleksi buku karangan Harun Yahya. Satu nama yang sudah lama saya dengar namun tidak pernah berpeluang untuk membaca hasil tulisannya walaupun sebuah buku! Keterujaan itu saya lunaskan dengan membeli 3 buah buku beliau iaitu "Miracles in Our Bodies", "Prayer in the Quran" dan "How the Quran Guides Science".

Mungkin selama ini saya lebih banyak membaca tentang isu-isu ekonomi,perbankan dan kewangan yang akhirnya membawa banyak entri di dalam blog saya penuh dengan 'maklumat berat' yang kurang difahami orang melainkan mereka yang berada di bidang pengajian yang sama. Saya tidaklah bermaksud ingin berhenti terus dari menulis tentang ekonomi dan perbankan islam, tetapi kadang-kadang ada eloknya juga diselang selikan dengan cerita tentang kebesaran Allah s.w.t yang sangat rapat dengan diri kita dan seterusnya mengingatkan kita kepada keEsaan Allah serta mensyukuri nikmat kurniaanya.

Menceritakan tentang fungsi otak dari sudut pembacaan seorang pelajar bidang perubatan dengan pelajar jurusan lain amatlah jauh untuk dibuat perbandingan. Tetapi apa yang pasti, semua orang pasti sedia maklum akan kepentingan otak dakam kehidupan seharian, bukan sahaja digunakan untuk berfikir bahkan ia boleh dianggap sebagai 'centre' bagi segala operasi dalam badan kita, atau boleh juga diistilahkan seperti Central Bank dalam ilmu perbankan yang berperanan mengawal selia seluruh bank yang beroperasi di bawahnya. Walaubagaimanapun, fungsi dan peranan otak tentulah jauh lebih hebat dari itu, yang pastinya diciptakan oleh Allah Yang Maha Hebat........

Kepingan-kepingan scatter puzzle yang tidak tersusun diletakkan di atas lantai dan kita cuba anggap ia merupakan kepingan dari gambar tentang apa yang terdapat dalam bumi ini. Sebagai contoh, terdapat kepingan yang mewakili cahaya, ada juga yang mewakili warna dan selebihnya mewakili bunyi. Sekarang cuba ambil kepingan tersebut satu persatu dan mula menyusun kepingan tersebut sehingga menjadi sebuah gambar. Apa yang kamu boleh lakukan dengan berfikir melebihi hadnya serta membabitkan banyak operasi dalam otak berfungsi dan itu semua hanya diselesaikan berapa saat sahaja oleh otak anda? di mana semua ini adalah kerja Allah. Boleh anda bayangkan bagaimana?


Otak menerima segala jenis informasi dari mata,hidung,telinga,kulit,mulut dsb. serta merta otak mentafsirkan terus maklumat tersebut. Pentafsiran ini merupakan koleksi daripada 100 billion nerve cells yang terdapat dalam otak anda. Sel-sel ini beroperasi tanpa henti sekaligus membolehkan anda untuk melihat warna epal yang anda makan, mengesan suara teman rapat anda dan juga menghidu bau hot chocolate - macam bau baskin robbins? hehe

Di dalam otak terdapat portions tertentu dengan fungsi tertentu. Realitinya, ianya hanya dapat dilihat dengan microscope. Adakah anda merasakan bahawa nerve cells ini dapat melihat barang permainan anda ataupun boleh merasa kemanisan chocolate ice cream anda? tentunya tidak. That is becoz nerve cells are composed of fine pieces of flesh.

Oleh itu, pastinya ada satu kuasa yang maha hebat yang menciptakan this wonderful world. Tidak lain tidak, Inilah dia ciptaan Allah. Allah is the possessor of everything! menciptakan segala sesuatu dengan cukup sempurna dan mengurniakan pada setiap daripada kita dengan kehidupan yang sangat indah. Apa yang patut kita lakukan sebagai pulangan ialah bersyukur pada tuhan kita. Allah telah anugerahkan kita mata dan telinga sebagai contoh, dan kita wajib ucapkan syukur padaNya.

Firman Allah
 وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ
It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give. (surah al-mu'minun:78) 










p/s: - citer ni sy ringkaskan je. nak tau lanjut baca buku harun yahya.
      - siri 3 kembara haji saya postpone dulu sebab xde mood nak tulis
      - doakan saya berjaya dalam final exam nnti, :)





Friday, 10 December 2010

Islam Dan Konsep Ketuanan Melayu

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

Islam Agama Keadilan


Islam adalah agama yang meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan konsep keadilannya. Oleh yang demikian, sebarang isu perlu dinilai terlebih dahulu dari sudut agama itu sendiri.

Apabila membincangkan soal meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila Islam mula berkembang, masyarakat Arab Jahiliyyah samada di Makkah mahupun di Madinah (Yathrib) mempunyai krisis politik yang serius. Islam meraikan kedudukan "ketuanan" bangsa-bangsa tertentu dalam negara mereka berdasarkan faktor sejarah dan sebagainya.

Ketika Rasulullah s.a.w. hadir ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memberikan kepimpinan politik tempatan kepada "bangsa"yang menetap di situ khususnya golongan Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj. Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai pemimpin Madinah kerana memimpin sudut keagamaan masyarakat tersebut yang mana agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ini akhirnya menyebabkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam bidang agama turut juga merangkumi bidang ketenteraan dan politik.

Namun, bangsa Aus dan Khazraj masih memimpin bahagian politik tertentu khususnya melibatkan bangsa mereka. Namun, ketika Islam semakin berkembang sehingga ke Makkah (stelah Fath Makkah), Rasulullah s.a.w. tidak mengambil alih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Makkah walaupun memimpin masyarakat Islam sebagai sebuah Ummah dalam skop yang lebih besar. Namun, ketuanan bangsa sesuatu tempat tetap dipelihara.


Kesultanan Melayu dan Turki Uthmaniyyah

Begitu juga kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap dalam Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta golongan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan tamadun di Malaysia. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selagimana ianya dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.

Ketuanan Bangsa dan Fitrah


Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir cari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya:

يا رسول الله امن العصبية أن يحب الرجل قومه؟

Maksudnya: Wahai Rasulullah... Adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"

Rasulullah s.a.w. menjawab:

لا ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم

Maksudnya: "Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..."
[hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Majah]



Sepertimana di India, bangsa India mempertahankan ketuanan bangsanya, begitu juga di China, bangsa Cina mempertahankan ketuanan bangsanya, di Arab juga, bangsa Arab mempertahankan ketuanan Arabnya, selagimana bukan atas dasar membela bangsa sendiri dalam kezaliman, maka ianya tidak termasuk dalam Ashabiyyah yang ditolak oleh Islam. Selagimana ianya tidak ditolak oleh Islam, maka Islam meraikannya kerana ia adalah suatu fitrah manusia yang mencintakan tanah airnya sendiri.

Konsep "ketuanan Melayu" tidak wajar dilihat secara terasing (daripada konsep Islam) kerana sejak sekian lama, para ulama' Nusantara tidak memisahkan perjuangan bangsa dan agama kerana kepentingan bangsa Melayu untuk mempertahankan agama Islam dan tanah air mereka yang asal. Kepincangan dalam mempertahankan "ketuanan Melayu" oleh sesetengah pihak (politik) tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk menolak "ketuanan Melayu" tanpa memahami sejarah dan falsafahnya. Kalau kita lihat "minda umum" para ulama' Nusantara yang mengembangkan agama Islam di Nusantara (termasuk Malaysia), perjuangan bangsa dan agama tidak terpisah terutamanya apabila Islam sudah menjadi sebahagian daripada “takrif” bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Kita dapat lihat betapa ramai para ulama' Nusantara mempertahankan "kecintaan bangsa Melayu" dalam semangat mengembangkkan ilmu agama, sehingga mereka menetap di negara Arab sekalipun, namun masih mempertahankan "nisbah bangsa dan tanah air" mereka. Siapa tidak kenal dengan tokoh ulama’ Nusantara seperti Sheikh Nawawi Al-Bantani (dari Banten, Indonesia), Sheikh Mahfuz At-Tarmasi (dari Termas, Indonesia), Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani (dari Padang, Indonesia), Sheikh Abdul Karim Al-Banjari (dari Banjar, Indonesia), Sheikh Wan Ismail Al-Fathani (dari Pattani), Sheikh Shaleh Al-Kalantani (dari Kelantan, Malaysia), Sheikh Shaleh Al-Filfilani (dari Pulau Pinang, Malaysia), dan sebagainya yang masyhur di negara-negara Arab namun masih menisbahkan diri kepada tanah air masing-masing tanda kecintaan kepada tanah asal mereka (iaitulah Nusantara).

Begitu juga para ulama' Nusantara yang menisbahkan diri mereka kepada tanah air masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan sebagainya.

Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini, kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanah air dan ketuanan bangsa mereka di tanah air mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap orang mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Bahkan, sejarah Tanah Melayu secara jelas menunjukkan kedudukan bangsa Melayu di tanah tersebut.

Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada orang-orang kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan orang-orang kafir ini dan berhati-hati juga mereka yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini.

Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik kebangsaan sekular. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka. Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.


Kesimpulan: Islam Menjaga Konsep Ketuanan

Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia samada secara individu atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Fath Makkah, Rasulullah s.a.w. sendiri mengisytiharkan sesiapa yang duduk dalam rumah "masing-masing" tidak akan diapa-apakan. Itulah Islam.

Meraikan tanah asal sesuatu bangsa, walaupun bangsa tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w.. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang yang lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air sendiri. Kita janganlah bicara soal syariah "Islam" sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah (tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar dalam zaman tersebut.

Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah yang terbesar pada ketika itu. Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah Ashobiyyah, iaitu membela individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep Hadarah Islamiyyah yang luas.

Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=177157942311392&id=100001651082887

P/S : Artikel ini perlu dibaca dengan tenang dan rasional tanpa melihat dari sudut kePARTIan, dan jangan panggil saya racist yer. :)

Tuesday, 15 December 2009

Survey Online: 'Satu Pembongkaran'

Kaedah usul fiqh menyebutkan " لا ضرر ولا ضرار". Pada zaman yg serba canggih ini maka timbullah pelbagai produk-produk perniagaan dan teknik2 terbaru untuk menarik pelanggan. Isu MLM, FOREX, 'Black Money' serta pelbagai lagi istilah dan kebanyakan konsep tersebut hanya mengaburi 'mata' pelbagai pihak khususnya mereka yg ingin bergelar 'Jutawan Segera'. Ditambah pula dengan 'janji2 manis' pihak penganjur maka ramai yg termakan pujuk. Saya tidak menafikan bhw keuntungan itu boleh diperoleh dalam masa singkat ttp adakah caranya itu HALAL?..Cube kita renungkan ungkapan ini, "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Sy rasa terpanggil utk berkongsi bbrp pandangan sy dgn 'produk2 mencari duit online' ini apatah lg sy seorang mahasiswa yg mempunyai pengkhususan dalam bidang ekonomi dan perbankan islam, dan tidak ramai mahasiswa jurusan agama ingin  'mengkoreksi' masalah ini. Masalah ummah tuan2 yer..ليس خلافية

Baiklah, hari ini saya fokuskan pada produk 'Menjana pendapatan melalui survey'..Persoalannya: "Online Surveys- Benarkah boleh jana pendapatan?"

"Jana $140 setiap hari! Jana $560 setiap minggu! Jana $6,270 setiap tahun! Semua ini hanya dgn duduk di rumah, menghirup kopi dan isi borang survey!"

Begitulah di antara ayat2 yg mampu membuatkan para pembaca berfikir berkali2 dan tak kurang juga yg sudah mula terpengaruh. Mari fikirkan, Tidak pelikkah anda bahawa terdapat syarikat yg akan membayar kpd setiap orang yg hanya mengisi borang survey nya??? Pelik bukan? Jika terdapat 1 juta ahli yg ingin mengisi borang tersebut.. Dari mana pula datangnya sumber pendapatan company tersebut?

Di sini, sy cuba membuat 'pembongkaran' bagaimana scam ini bekerja! Mula-mula para Scammers ini akan melakukan spam dan mengatakan bhw anda akan menerima wang yg banyak dgn usaha yg sedikit. Sudah tentu, sblm anda menerima produk2 survey2 tersebut anda dikehendaki untuk membayar 'pengerasnya' (yuran perkhidmatan) tersebut. Cth: kosnya bernilai $34.95 untuk seumur hidup.

Anda bernasib baik jika ia bukan produk spam - dan mereka akan menghantar produk survey tersebut pd anda. Bagaimanapun kebanyakan product surveys tersebut adalah 'worthless'.

Mgkin ada yg cakap, "alah, aku boleh je online dan cari site dgn men 'screen out' semua scammers pastu ranks paid survey sites! Dengan cara tu aku boleh la pastikan bhw ia merupakan online survey company yg sah!"

Sy akan jwb mcm ni,"Oh,Yeah! This makes sense on the surface,ttp anda akan mendapati bhw kebnyakan 'ranking sites' tersebut sbnrnya merupakan 'middleman' yg mendapat commissions oleh survey companies bagi setiap 'refferals'. Ini bermakna site yg menerima banyak kunjungan, site itu lah yg menerima byrn tertinggi seterusnya menjadikan site tersebut berada pada 'ranking' tertinggi!

Ok, ada yg bertanya.. 'Xkanla takde online survey company yang sah?", jwapannya ADA ttp amat Mustahil untuk menemuinya. It's like picking a needle out of a 77,300,000 haystack! (Tak caya cuba type 'Online Surveys' kat google pastu tengok brp resultnya!) Lagipun legimate companies ni hanya mahu legimate responden..Faktanya, legimate company often quite long yg mana ia mengambil masa yg lama utk diisi. Kalau tak, adik sy yg kecik tu pun boleh buat duit dgn jawab survey..Hentam je la..apa susah kan..

Ok,fine..ada persoalkan 'Ambik masa lama nak isi x kisah la, asalkan dapat duit!'..Baiklah, sy nak datangkan pd korang tntg satu kisah benar. Mcm ni, ada sekumpulan pelajar ni membuat keputusan utk sertai online surveys ni pastu mereka memilih salah seorang dari mereka. Org yg mrk pilih ni merupakan org yg PALING PANTAS menaip dan sangat efisyen dan berkemahiran dalam bahagian pengurusan.

Untuk mendapatkan income yg lebih banyak, jadi dia meluangkan SEMINGGU PENUH dgn hanya mengisi borang survey online di rumah. Ini juga bagi mendapatkan keptusan yg memuaskan berkaitan kajian ini.

Keputusannya ialah : Dia hanya menjana pendapatan sebanyak $0.37 setiap jam! (Org yg kutip sedekah pun boleh dapat lebih 37 sen sejam..hik..hik..)

Secara keseluruhan, saya melihat bahawa teknik menjana pendapatan melalui survey online ini mmg boleh TETAPI TIDAK REALISTIK! Kalau nak keja hanya dgn internet mmg ada caranya tapi biarlah yg bukan skim-skim macam ni. Membuang masa! Masa yg berjam-jam utk mengisi borang survey tu boleh dipenuhi dgn perkara yg lebih berfaedah. Insya'allah..pada lain waktu, sy akan cuba membongkar beberapa lagi skim2 internet sebegini termasuklah Affiliate, PPC(Pay Per Click), Vemma Builder! dan baanyaaaaaak lagi.. ada di antara program tersebut tak salah tetapi RAMAI yg mengikut saluran yg salah.. wallahua'alam.

p/s: Moga2 perkongsian ini boleh memberi manfaat buat anda. Dan lagi satu, nak bgtau yg sy ni juga meminati IK(Irfan Khairi), Jutawan Internet. Tgkla mcm mana beliau lakukannya..