Monday 23 May 2011

Stocks and Shares


Assalamualaikum w.b.t
Saja luangkan sedikit masa waktu nak dekat habis final exam ini untuk menulis artikel. Moga bermanfaat. Kalau rasa nak bertanya, boleh terus kirim email pada saya. Tiada masalah.

Sekian lama, sejak kewujudan wang ada di atas muka bumi ini, sudah terdapat manusia yang memikirkan cara untuk melakukan pelaburan dengan wang tersebut. Pada awal kemunculan ilmu pelaburan kewangan, sejak dari zaman Renaissance di Italy sehinggalah abad ke 17, satu-satunya cara yang digunakan bagi tujuan pelaburan kewangan tersebut ialah dengan penerbitan Bon Kerajaan (Government Bonds). Tetapi semuanya telah berubah dengan kelahiran sebuah pasaran yang pertama di dunia- ia yang menjadi pelopor dalam dunia perkongsian, juga dunia spekulasi, yang menjadikan berjuta-juta wang tercipta, dan menjadikan berjuta-juta wang juga telah rugi, dan yang pasti sekali, menjadi penyebab berlakunya 'stock market crashes' yang pertama di dunia.

Setiap hari, walaupun setiap negara mempunyai pasaran stock tersendiri, namun ramai pelabur (Investors) akan membeli dan menjual shares dari pasaran stocks yang bernilai berbillion-billion dollar dari London dan Paris ke New York dan Tokyo. Harga Share (Share Price) sesebuah syarikat boleh:


  • 1) menentukan kedudukan syarikat terbabit samada syarikat itu mampu bertahan sebagai sebuah entiti yang bebas (independent entity). 
  • 2) Memberi petunjuk bahawa syarikat terbabit akan diambil alih
  • 3)atau yang paling teruk, syarikat tersebut akan bankrupt / gagal. Share Prices boleh buat orang kaya tetapi mudah juga untuk memusnahkan kekayaan mereka.

Bagaimanapun, pasaran stock bukan seperti tempat perjudian. Wang yang dilabur oleh pelabur akan terus disumbang kepada perkembangan syarikat tersebut, atau dengan kata lain, boleh meluaskan ekonomi. Istilah 'Booming Stock Market' adalah petunjuk kepada perkembangan pesat ekonomi (Fast growing economy). Ini terbukti ketika mana syarikat-syarikat terawal yang menyertai pasaran stock telah memberi manfaat iaitu dengan perkembangan pesat ekonomi ketika Empayar Kolonial Eropah.

The original corporations: Walaupun syarikat pertama yang diakui ialah Virginia Company, yang perkhidmatannya menyediakan perdagangan wang diantara colonist di America, sebenarnya syarikat pertama yang utama ialah British East India Company, dimana syarikat ini ada lesen monopoli yang dijamin oleh kerajaan British untuk urusan perdagangan di mana-mana wilayah British di Asia. Cara ini kemudiannya diikuti oleh Dutch East India Company di Amsterdam.

Apa yang syarikat-syarikat ini lakukan apabila memasuki pasaran stock adalah seperti berikut:

1) How they raised money: Syarikat-syarikat baru yang menerbitkan Shares (Saham), atau sekarang lebih dikenali seabagai Ekuiti. Ia adalah berbeza dengan bon, kerana pemegang saham (Shareholders) akan diberikan pemilikannya dalam syarkat tersebut dengan lebih formal. Dimana mereka-mereka ini sebenarnya bakal menentukan nasib syarikat tersebut pada masa akan datang. Ini adalah kerana Shareholders tersebut boleh membuat keputusan samada mahu menjual atau membeli syarikat kepada pesaing-pesaing mereka melalui cara merger (gabungan) atau acquisition (ambil alih), mereka juga ada hak mengundi untuk satu-satu isu yang dibincangkan dalam syarikat tersebut dan juga mempunyai hak untuk menentukan bayaran gaji pengarah syarikat tersebut.

2) Giving shareholders the right to sell their equities to their investors: Cara ini mencipta satu lagi pasaran yang diberi nama Pasaran Kedua (Secondary Market, the Stock Market)- yang berlawanan dengan pasaran utama (Primary Market) yang menjual bon-bon dan juga shares directly to investors.

3) Invoking so-called Liability: Ini bermakna sekiranya syarikat tersebut collapse/gagal, Shareholders hanya akan menanggung jumlah pegangan mereka dalam syarikat tersebut sahaja, iaitu takkan sentuh harta peribadi seperti rumah,kereta dan harta-harta lain untuk dijadikan cagaran.


Sebagai salah seorang pemilik syarikat terbabit, Shareholders mempunyai hak untuk berkongsi keuntungan syarikat tersebut. Apabila terdapat surplus (lebihan) keuntungan yang telah ditolak dengan semua kos yang ditanggung, maka mereka akan menerima dividen tahunan (Annual Divident) atau payment. Mereka juga boleh mendapat untung apabila nilai saham mereka meningkat. Walaubagaimanapun, mereka juga menanggung risiko sekiranya syarikat tersebut mengalami kerugian, Jika syarikat tersebut collapse, mereka dikira sebagai orang terakhir yang menerima saki baki syarikat tersebut yang tinggal kerana Pemegang Bon lebih diutamakan. 

Dalam Paparan Bursa. Terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu Private/Unlisted dan juga Listed Publicly. Biasanya paparan private/unlisted tersebut hanya untuk syarikat-syarikat kecil atau syarikat yang sahamnya dimiliki oleh keluarga, pelabur kecil dan juga bank. Manakala syarikat-syarikat besar kebiasaannya akan disenaraikan dalam paparan utama iaitu listed publicly.


p/s: Saya teringin tulis artikel berkaitan pasaran stock dan saham ini disebabkan sekarang tengah hangat isu "Merger Between Banks" antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Bank Muamalat. Tapi ramai juga yang tak tahu yang sebenarnya Bank Muamalat juga adalah hasil merger diantara 3 badan iaitu Bank Of Commerce, Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan BBMB Kewangan. So, harap artikel ini boleh membantu untuk tahu macam mana proses merger ini berlaku dalam Stocks and Shares Markets. Hukum jual beli saham? Tak haram yer.. Harusss.. Tetapi mestilah syarikat itu bebas dari sebarang perkhidmatan yang bertentangan dengan shariah seperti menjual arak, menjual daging babi, menyediakan perkhidmatan pinjaman riba', khidmat pelacuran dan sebagainya....

Monday 9 May 2011

Minggu-minggu terakhir

bergambar kenangan bersama kawan-kawan ketika mengunjungi wadi rome

Assalamualaikum...

Maaf kerana tidak mengupdate blog ini buat kesekian lamanya. Bukan tidak mahu, tetapi sedar akan kekurangan bakat dalam penulisan. Jika ingin menulis sesuatu entri terutamanya yang berkaitan dengan hal peribadi atau luahan rasa, ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk menyusun kata dan ayat. Ia lebih mudah bagi saya mengarang entri yang berkaitan dengan bidang saya, mungkin kerana itu lebih dekat dengan fikiran saya..

Terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki di bumi Jordan ini, demi menghabiskan baki 1 tahun 9 bulan pengajian di Universiti Yarmouk dalam bidang Shariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Selain daripada itu, saya juga telah berazam untuk menggenggam segulung ijazah menepati waktu yang saya, ibubapa dan juga pihak Kolej Antarabangsa IKIP harapkan...

Sedar atau tidak, pada hari lusa ini, peperiksaan akhir semester 8 akan bermula. Ini bermakna hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum saya menamatkan semester terakhir saya di sini. Kalau diikutkan markah 'carry mark' saya untuk final ini, saya yakin boleh untuk sekurang-kurangnya lulus untuk semua subjek yang saya ambil. Namun begitu, saya harus percaya bahawa ketentuan itu semua adalah milik-NYA. Saya selaku hamba-NYA hanya perlu berusaha dan meminta pada-NYA agar berikan kejayaan itu pada saya.

Kejayaan yang kita sedang kecapi dan bakal kecapi dalam hidup kita adalah milik mutlak sang pencipta. Jangan bongkak menayangkan kejayaan kita di khalayak manusia kerana semua itu hanya pinjaman dari-NYA. Tidak malukah kita menayangkan 'barang pinjam'?? lalu dibangga-banggakan seperti barang itu kepunyaan kita? Oh..sungguh tak malu mereka yang bersikap sebegitu...

Kejayaan itu sebenarnya bersifat abstak. Tak semestinya orang yang menerima segulung ijazah itu sudah dikira mengecapi kejayaan. Bahkan banyak peristiwa yang Allah tunjuk di muka bumi ini membuktikan bahawa kejayaan yang tidak diselangi syukur pada tuhan tidak semestinya berjaya juga di sisi tuhan, contohnya ramai manusia menyangka mereka itu adalah insan-insan 'berjaya' tetapi hakikatnya mereka adalah dari kalangan 'mereka yang gagal' di sisi tuhan.

Ada juga yang Allah berikan kejayaan pada seseorang bukan kerana sayang, tetapi kerana murkanya Allah padanya. Bila orang itu berjaya, dia akan makin lupa pada tuhan-NYA. Makin jauh meninggalkan perintah-NYA dan makin asyik melakukan larangan-NYA. Sesungguhnya, orang-orang begini amatlah rugi di akhirat kelak.

Berjaya atau tidak itu bukan persoalannya, berusaha atau tidak untuk mencapai kejayaan itu yang akan Allah persoalkan. Sejauh mana tahap usaha itu bergantung pada kemampuan diri masing-masing. Kejayaan di dunia ini boleh dinikmati cuma 6o-70 tahun sahaja. Itupun kalau Allah nak bagi panjang umur sampai situ. Kalau hidup Allah bg pada saya cuma 55 tahun, tolak 22 umur saya sekarang, tinggallah lagi 33 tahun.. tidaklah lama mana sebenarnya..

Oleh itu, betulkan persepsi bahawa apa juga kejayaan yang kita kecapi pada masa ini adalah pinjaman yang boleh Allah tarik bila-bila masa. Tidak ada jaminan yang lebih pasti daripada jaminan tuhan. Jadikanlah kejayaan yang kita kecapi sebagai wadah untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak yang kekal abadi selamanya. :)

p/s: Doakan kejayaan saya menamatkan semester ini dengan jayanya.. tak sabar saya nak balik malaysia tau! hehe