Sunday 26 June 2011

Alhamdulillah Syukur


Assalamualaikum w.b.t

Macam biasa, saya sangat jarang update blog macam blogger-blogger lain. Kalau saya update pun bukan orang baca kan? bajet-bajet macam ada orang baca sudeyh..haha. okeyh, mengarut! sorrylah kalau entri kali ni saya pakai 'bahasa seharian' saya. Jeles la tengok orang update blog sweet2, kita pun nak jugak! walaupun followers tak ramai, still ada followers kan? Ok la 27 orang kan.dari xde langsung (tolak satu sbb saya follow blog sendiri?? sian kan?hua2x.) Biar kali ni saya enjoy nak tulis apa-apa. Jangan kacau tau.. hehe

Alhamdulillah, tanggal 8 Jun 2011. jeng3x. saya dengan secara rasminya bergelar graduan dari universiti yarmouk, Jordan. Ijazah apa??? Tengok kat sebelah kanan tuh. letih saya tulis tau tak? syukur2x. penat lelah 4 tahun akhirnya berbalas dengan menggengam segulung ijazah. Belajar pulak tu bidang yang pelajar Malaysia tak pernah terfikir nak ceburi sebelum-sebelum ini. Saya ni batch ke-3, baru ada 2 generasi senior. Baru sangat2 bidang ini. Kalau anda tanya susah ke tak, saya akan jawab SUSAH. Ape ingat ada belajar yang senang ke? takde cik adik oi...eh, lupe,, cik abang jugak. =P

Sepanjang 4 tahun saya belajar ni, 2 tahun di IKIP International College (IIC) dan 1 tahun 9 bulan di Yarmouk University, Jordan. Ada satu perkara yang saya dapat pelajari iaitu 'Saya akan maximize kudrat saya untuk belajar apabila saya berada dalam situasi yang sangat sibuk, letih dan tertekan. Tetapi sangat malas apabila banyak masa saya terluang'. Tetapi kesungguhan saya ketika berada di tahun 1 dan 2 sebenarnya memberi kesan yang baik apabila saya datang ke Jordan untuk menyambung pengajian tahun 3 dan 4, dan ia juga memudahkan saya untuk lebih memahami penerangan yang disampaikan oleh tenaga pensyarah di universiti.

Kalau nak cerita pengalaman yang telah saya timba sepanjang ambil degree ni, boleh jadi esok pun korang tak habis baca. Banyak sangat. Tapi bila dah dapat pegang sijil ijazah tu, rasa macam nak menjerit sekuat hati je tau. Rasa macam dah hilang satu bebanan yang dipikul selama ini. Harapan pensyarah, rakan-rakan dan paling utama tentulah harapan ibubapa saya yang tercinta. Lupa segala kepedihan,keperitan yang ditanggung selama ini dan semua itu bertukar menjadi memori2 manis yang terpahat dalam diari hidup saya.

Inilah senarai subjek yang saya ambil :


  1. Qur'anic Sciences
  2. Introduction to Sunnah and It's Sciences
  3. Foundation of Islamic Economy
  4. Introduction to Islamic Legislation
  5. English Language Skills (1)
  6. Qur'an Recitation (1)
  7. Introduction to Islamic Faith
  8. Transaction Jurisprudence (1)
  9. Ibadat Jurisprudence
  10. Principles of Macroeconomics
  11. Fundamentals of Accounting (1)
  12. Introduction to Islamic Dakwah
  13. Arabic Language (1)
  14. Introduction to Computers and Applications
  15. Principles of Microeconomics
  16. Principles of Mathematical Economics
  17. English Language Skills (2)
  18. Islamic Economic Theory
  19. International and Islamic Economics
  20. Public Finance in Islam
  21. History of Islamic Economic Thought
  22. Syntax of Usul Fiqh (1)
  23. Research Methods and Sources of Islamic Studies
  24. Economic of Zakat and It's Contemporary Applications
  25. Economic Development In Islam
  26. Economic Equilibrium
  27. Money and Banking
  28. Statistics 1
  29. National Education (Jordan)
  30. Quranic Recitation (2)
  31. Financial and Money Markets
  32. Social Economics in Islam
  33. New Application in Islamic Economy
  34. Sports in Our Life
  35. Transaction jurisprudence (2)
  36. Aesthetic appreciation
  37. Quranic Recitation (3)
  38. Selected Texts from Islamic Studies
  39.   Islamic Banking Thought
  40. Accounting of Islamic Financial Institutions
  41. Finance and Investment in Islam
  42. Arabic Language (2)
  43. Contemporary Islamic Banks
  44. Military Sciences
  45. Feasibility Studies
  46. Computer Skills
  47. National Education (Malaysia)
  48. Islamic Study (MQA)

Kini saya perlu menyiapkan diri pula untuk memasuki alam kerjaya. Mahu atau tidak, saya perlu revise balik subjek-subjek ini untuk memudahkan saya apabila memulakan karier nanti. Sambung belajar atau kerja? saya pun tak boleh nak bagi jawapan dengan tepat kerana banyak benda yang harus saya pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan. Minggu depan saya akan mula memasuki praktikal di Jordan Islamic Bank. Doa-doakan moga semuanya berjalan lancar. All the best buat mereka yg masih bergelar seorang pelajar, masa belajar ni lah masa honeymoon tau, once u start your career, dats ur life will begin. and all of ur thinking will focus on ur future. So, hargai masa sekarang.. don't play-play ya.. (phua chu kang punye ayat..hehe)
  

5 comments:

  1. salam..
    wa~ sudah habis belajar dengan cemerlang! Selamat pulang ke Malaysia...dah boleh pos-pos resume dah skrng.

    -saja je komen, kesian sebab tak ada orang komen, baik x? haha-

    malaysia perlukan pakar kewangan yang faqeh dalam fiqh. we waiting for u!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    bg,nk tnye..abg ambik ijazah tu lpas spm ke???
    nk ambik mcm yg abg ambik gak..yuran ok x??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt Akhi, dulu akhi blaja di ikip tanggungan sendiri ke under biasiwa ???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Boleh tak email saya untukk detail belaja iqtisad di jordan terima kasih :)

    zizi.yaya91@gmail.com

    ReplyDelete