Sunday, 3 October 2010

Banking Operations : Customer's Deposit



Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya bagaimana sesebuah bank boleh mendapatkan dana/wang? dan seterusnya menjana keuntungan berbillion pada tiap-tiap tahun? benarkah bank hanya sebagai tempat simpan wang yang tak ubah seperti tabung buluh di rumah? atau terdapat 'magnet' yang mampu menarik orang ramai sanggup menghulurkan wang mereka secara sukarela tanpa perlu bank meminta-minta..?

Bagi menjelaskan perkara ini, kita perlu tahu apakah operasi yang dijalankan oleh sesebuah bank (tidak termasuk bank pusat atau bank negara), dengan menjalankan operasi inilah bank dapat mengumpul dana dan menjana keuntungan hasil dari dana yang dikumpul itu. Secara ringkasnya, operasi bank terbahagi kepada 4 bahagian.
  1. Customers's Deposits
  2. Financing
  3. Trade Finance
  4. Other Services
 Pada entry kali ini, saya hanya akan menjelaskan operasi perbankan Bank Islam Malaysia Berhad yang menggunakan Customer's Deposit sahaja. Manakala. operasi yang lain itu akan saya jelaskan pada masa akan datang jika ada kesempatan untuk sy membaca dan mengkaji bahan-bahan bacaan lain yang berkaitan dengan operasi terbabit.

Secara umumnya, deposit sering dedifinasikan oleh kita sebagai wang pendahuluan yang diserahkan oleh individu dengan niat untuk membeli sesuatu barang. Contohnya, Jika anda ingin membeli rumah, anda perlu menyediakan deposit kepada penjual rumah tersebut sebagai tanda komitmen pembelian. Tetapi, deposit yang difahami oleh perbankan ialah wang deposit yang diberi oleh pendeposit lalu deposit tersebut menjadi hutang kepada bank. 

Secara ringkasnya, kebanyakan bank islam menerima deposit dari mana-mana individu berdasarkan 3 jenis akaun berikut:-
  1. Current Accounts (akaun semasa)
  2. Savings Accounts (akaun simpanan)
  3. General Investments Accounts (akaun pelaburan am)
  4. Special Investment Accounts (akaun pelaburan istimewa)

1. CURRENT ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelangganya yang ingin wang simpanannya berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan bank. Pelanggan akaun ini diberi keselesaan sepenuhnya untuk kepenggunaan wang mereka di bawah (akaun semasa) ini berkonsepkan prinsip wadiah.
  • Bank pula meminta izin daripada pelangganya untuk menggunakan atau mengeksploitasi wang/dana mereka sepanjang wang/dana tersebut masih berada di bank.
  • Para pelanggan akaun ini boleh mengeluarkan sebahagian atau seluruh baki wang simpanan mereka di bank pada bila-bila masa sahaja ketika mereka perlu dan pihak bank memberi jaminan akan pembayaran kembali baki wang yang masih ada.
  • Semua keuntungan yang dijana bank di atas penggunaan dana pelanggan tersebut hanya akan dinikmati oleh pihak bank sahaja.
  • Bank menyediakan kepada para pelanggan akaun ini dengan buku cek dan apa-apa jua perkhidmatan yg berkaitan dengan (akaun semasa).

2. SAVINGS ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelangganya yang ingin wang simpanannya berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan bank. Pelanggan akaun ini diberi keselesaan untuk kepenggunaan wang mereka di bawah (akaun simpanan) ini bersama imbuhan yang kebiasaanya diberi oleh bank yang berkonsepkan prinsip wadiah.
  • Bank pula meminta izin daripada pelangganya untuk menggunakan atau mengeksploitasi wang/dana mereka sepanjang wang/dana tersebut masih berada di bank.
  • Para pelanggan akaun ini boleh mengeluarkan sebahagian atau seluruh baki wang simpanan mereka di bank pada bila-bila masa sahaja ketika mereka perlu dan pihak bank memberi jaminan akan pembayaran kembali baki wang yang masih ada.
  • Segala keuntungan yang diperoleh hasil kegunaan wang/dana yang terdapat di bank,berbeza dengan (akaun semasa), pihak bank kebiasaanya akan komitmen dalam memberikan imbuhan kepada pelangganya dengan memberi beberapa bahagian daripada nilai keuntungan yang diperoleh sebagai tanda penghargaan di atas keizinan mereka membenarkan wang/dana mereka di dalam bank dieksploitasi oleh pihak bank dari semasa ke semasa.
  • Bank akan membekalkan kepada pelanggan akaun ini dengan Savings Pass Books dan servis-servis lain yang berkaitan dengan akaun simpanan.

3) GENERAL INVESTMENT ACCOUNTS
  • Bank menerima deposit daripada pelanggan yang melihat kepada peluang pelaburan bagi dana mereka di bawah (akaun pelaburan am) dengan menggunakan konsep prisip mudharabah.
  • Deposit tersebut perlu disimpan atau dikekalkan dalam tempoh-tempoh tertentu yang ditetapkan oleh bank. Bagi menjalankan operasi tersebut dengan sepenuhnya, maka pihak bank akan menetapakn waktu simpanan deposit berdasarkan tempoh-tempoh berikut :-
1 bulan @ 3 bulan @ 6 bulan @ 9 bulan @ 12 bulan @ 15 bulan @ 18 bulan @ 24 bulan @ 36 bulan @ 48 bulan @ 60 bulan dan ke atas.
  • Dari asas sudut shariah, pihak bank bertindak selaku 'entrepreneur'  (pengusaha) dan pendepositor pula bertindak sebagai 'provider of capital' (pemberi modal) dan kedua belah pihak akan menetapkan nisbah perkongsian keuntungan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh mereka hasil dari janaan wang/dana tersebut. Bank kebiasaanya memberi pembahagian berdasarkan ratio 70:30, iaitu 70% keuntungan akan diserahkan pada pemberi modal dan 30% diambil oleh bank itu sendiri. Walaubagaimanapun, ratio ini mungkin berubah dari masa ke masa berdasarkan persetujuan yang disepakati.
  • Jika kerugian yang diperoleh, maka ia akan ditanggung oleh pelanggan akaun ini yang bertindak selaku pemberi modal.
  • Pelanggan hanya sebagai pemberi modal dan tidak terlibat dalam urusan penjanaan dana pelaburan tersebut.


4) SPECIAL INVESTMENT ACCOUNTS
  • sebagai tambahan dari akaun-akaun di atas yang menerima deposit dari orang ramai, bank juga turut menerima deposit daripada kerajaan atau agensi korporat lain di bawah (akaun pelaburan istimewa). Akaun ini juga beroperasi dengan menggunakan konsep mudharabah, tetapi mode atau ruang pelaburan dana tersebut dan juga ratio pembahagiaan keuntungan kebiasaanya akan dirunding secara individu.

Buku rujukan :

An Introduction to Islamic Economics & Finance
Chapter 13: Bank Islam Malaysia Berhad: "Principles and Operations"
Center for Research and Training Publications 

p/s: maklumat di atas kebanyakannya hanya saya baca dan terjemah semula.


No comments:

Post a Comment