Hati rasa gembira
Tiba saat yang dinantikan
Syukur pada yang Esa"
Cuba nyanyikan lagu di atas mengikut rima lagu hari raya..best kan?
Merdeka..Merdeka..Merdeka..
Suara dari hati melaung-laung ungkapan 'kebebasan' ini. Terasa hilang sedikit beban yang dipikul sepanjang semester ini. Kemanisan ini hanya dapat dirasa oleh mereka yang masih bergelar seorang pelajar. Penat lelah, Letih, Ngantuk semuanya sudah berakhir! Tapi sementara sahaja.
Fitrah manusia mmg inginkan 'reward' sebagai balasan atas usaha yang dilakukan. Tidaklah ia menjadi satu kesalahan, TETAPI berpada-pada lah. Usah sehingga melanggar batasan syariat. Merdeka kita dari periksa bukanlah bermakna merdeka dari perintah allah..Beringat-ingat bahawa ada ujian yang lebih besar bakal kita tempuh. Persiapkan diri sebaiknya. Namun kadang2 saya merasa, TERLALU bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam ujian duniawi melebihi ujian ukhrawi. Bersama kita muhasabah kembali..
Tadi tu muqaddimah je..tak masuk cerita lagi ni.Hehe.. Saya nak cerita sikit la pengalaman sepanjang menduduki fatrah imtihan di oversea buat pertama kali ni! Periksa kali ini mmg benar-benar mencabar. Bukan sebab soalan final yg mencabar, ttp terpaksa berlawan dgn nafsu-nafsu leka yg dicucuk2 setan. Rasa nak update blog la, nak baca buku cerita la, nak baca kitab feqah la, rasa nak masak la, nak kemas rumah la, nak buat lagu la dan bermacam2 lagi dugaan..sedangkan time sebelum final tak pernah lak nak buat!
Akhirnya, saya mengambil jalan selamat. Bangun pagi,terus siap2 pergi library. Bawa buku subjek dan study. Kalau duduk bilik, tak boleh nak study sebab 'Cik HP COMPAQ' akan memanggil manja nama saya, ' Hai abg akim..jomla FB skjp..5 mint je..' (dialog tu xde pun..saje je tambah). Berikut merupakan subjek2 yg sudah saya ambil pada semester kali ini:
- توازن الإقتصادي (Economic Balance)
- أساليب البحث (Research Methodology)
- التنمية الإتصادية (Economic Development)
- النقود والبنوك (Money and Banking)
- إقتصاديات في تطبيقات الزكاة (Economies in the application of zakat)
p/s: pening memikirkan destinasi yang ingin dituju sepanjang cuti kali ni..hehe
No comments:
Post a Comment