Sunday 13 December 2009

enta urduni?



Minggu ni, hampir kesemua classmate saya sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment masing-masing. Due date khamis ni yer..Jangan lupa tu! Ini dek kerana markah untuk 'second test' diambil dari assignment tersebut. Nak x nak, assignment ni perlu mengikut langkah seperti untuk membuat thesis master @ PhD sebab subjek 'Asalib bahas' (Thesis methodology) ni mmg menekankan kaedah sebenar untuk menyiapkan thesis. Rumit dan leceh! Itulah kesimpulan yang boleh sy buat, tapi bila diteliti semula ada benarnya kenapa ia berlaku sebegitu, ini bagi mengelak ketulenan sumber itu diambil dan menjauhi 'Jenayah Ilmu' yang sering berlaku pada zaman mutakhir ini..Nauzubillah..

Pensyarah sy, Dr. Asma' As-Syubuli mmg terkenal dgn teknik 'mengetuk pen kat atas meja' untuk 'mendiamkan' student2 arab yang selalu bising2 ni..Lagi2 perempuan arab! Beradablah sikit wei.. Dr. sy ni agak 'syadid' dari segi kaedah bahas..Itulah kenyataan yang saya dengar dari seorang rakan arab yg sy temui ketika di surau, bila sy tanya (terjemahannya) 'Kau pernah ambik madah gn Dr Asma x? pastu dye jawab, "Ish..Susah la dengan Dr. tu, susah nak dapat markah! Pastu kalau assignment tu dye 'syadid' betul!"..'Macam x puas hati je dye ni' ujar saya dalam hati..hehe..

Berbagai tajuk bahas yang menjadi pilihan masing2 terpulang pada minat dan kecenderungan. Ada yang buat tajuk 'al-ghusy fi muamalat' (maknanya ialah 'Penipuan dalam Urusan Jual beli', tajuk yg Hamdi buat ni mmg 'Glamour' coz Dr. selalu jadikan ia sebagai contoh dalam kelas..hehe), ada yang buat tajuk I'tai Az-Zakat ila ghairi muslim (syahnazrin), nudratul mawarid (amin), Zakat Nuqdain (Abe), Ba'i Ainah (Mustafa..p/s: Tajuk ni kontroversi tau..hehe) dan pelbagai lagi..

Nak tau sy buat tajuk pe x? ha..nak citer la ni..Sy pilih tajuk 'al-mawarid al-iqtisodiah wa tanmiyatuha fil urdun' (Developing of Economic Resources at Jordan). Actually, agak berat tajuk ni. Pernah kritik diri sendiri. "pasal negara sendiri pun x habis kaji lagi dah nak kaji negara orang!"..nada menyesal..hehe..Xpela, nak x nak mende dah berlaku. Dr. pulak x bagi ubah tajuk.. Kajian saya bukan sahaja tertumpu kpd sumber ekonomi di Jordan bahkan terpaksa menganalisa statistik pengeluaran sumber2 tersbut untuk menunjukkan perkembangannya. Rumit dan amat rumit!

Ada satu waktu masa awal2 dulu, Dr. Asma' akan membacakan setiap tajuk bahas pelajar sebagai tanda beliau meluluskannya untuk dibuat kajian,, Takut-takut jugak ada yang bertindih tajuk. Sampai giliran saya "al-mawarid al-iqtisodiah wa tanmiyatuha fil urdun?man?", sy mengangkat tangan, "Enta urduni?(awk org Jordan?)" soal Dr. dgn nada gurau pada saya dengan disambut gelak tawa dari 'puak-puak Arab' disebabkan muka saya xde langsung iras Arab! Iras Jawa ada lah! Hahaha..

Tapi, dalam menahan malu tu.. Sy bengang gila gn geng2 arab yg tu.. sebabnya "Kira ok la aku nak citer pasal perkembangan ekonomi kat negara ko, dah la susah nak tengok kemajuannya! aku boleh sangat nak buat bahas pasal negara ko ni ketinggalan 20 tahun dari negara Malaysia tu!!!! Karang terasa pulak korang kan?" ujar sy dalam hati..xpe2 sabar2..ingat Allah..

Akhir sekali, sesapa yang nak hardcopy bahas sy, bolehlah mintak personally gn sy via email. rioneyova@yahoo.com.my. Bayaran??Emm..negotiation..haha..

p/s: Bahas sy pun x siap lagi ni.Pening2..Jangan lupa dapatkan majalah Volution terbaru. Khas untuk anda..wakaka!

No comments:

Post a Comment