Mungkin sebahagian dari kita ketika kecil bercita-cita ingin menjadi bintang bola sepak. Bukan saja terkenal malah kaya! Bayangkan gaji Christiano Ronaldo saja mencecah 100,000 dolar seminggu! Kalau sebulan,setahun?!! Kira sendiri k.. (tapi itu sume dunia saja..)
Posting kali ini bukanlah nak cerita tentang peribadi C.Ronaldo tu, sebaliknya sy ingin berkongsi pengalaman saya dalam bermain Bola Sepak. Sukan yang mempunyai jumlah peminat paling ramai di dunia.. Menarik bukan?! (mgkin tak menarik buat kaum hawa..hu3). Saya mula berkecimpung dalam sukan bola sepak sejak berumur 7 tahun lagi. Menariknya, ketika umur sekecil itu saya sudah mempunyai sebuah kelab bola sepak yang dibimbing oleh seorang jurulatih yang 'kurang berpengalaman'. Setiap petang, sy antara insan yang paling awal akan tercegat di padang menanti rakan-rakan sepermainan. Solat asar mmg sy tak sembahyang la time tu..kecik lagikan..he3.
Masa sekolah di Sri Al-huda, saiz badan saya agak besar berbanding kawan2 yg lain (tp sekrang,sy la yg paling 'cute' di antara mereka..haha), kalau sebut 'striker' je, x lain x bukan saya la yang paling Hebat..x tipu ar..kalau setakat dalam dewan tempat berhimpun pagi2 kat SRI tu, boleh 'shoot' dari tengah je terus masuk goal..Mantap la time tu saya main! Balik skolah pun main bola lagi sampai la kul 7 mlm.. masuk 7.01 minit, habislah kena tibai gn Tali pinggang Crocodile Abah! (Biasanya, dalam seminggu.. 4 kali kena sebat!) Double kalau x solat Asar! Haha..Tapi,saya mmg seorang yg amat cergas ketika di skola rendah..(nak bangga ni!)
Lepas UPSR, sy merantau ke Sma Al-Ulum Ad-Dinniah,Pahang.. Jd Gentleman coz takde kerabat pun kat Pahang tu..main redah je..Form 1 kat situ, terkilan sangat sbb x dapat wakili skola dalam acara bola sepak..Menangis tu! Form 2 pun sama, xdapat..sorang member sekelas (syahir) dapat jadi wakil skola..Mmg jealous sangat..Tp,sbb dapat jadi wakil Sepak Takraw..Ok la sikit walaupn sbnrnya menyampah sangat dgn Takraw ni! Lagi satu, nak jadi wakil skola sbb cikgu bg 'excuse' x datang kelas sampaila tengah hari..(Nak ponteng je kojenyer..)Ha! ini citer Form 3, saya terpilih utk mewakili skola dalam acara bola sepak. Jadi striker pulak tu..Bg SMA2 seluruh pahang ni, ada satu pertandingan terbesar acara sukan dan ilmiah yg dikenali sbg MASISUPA..Masa tu, team skola saya satu group dengan sma padang tengku,sma batu talam, dan sma pelangai..
Final menemukan skola saya menentang sma padang tengku. 'Musuh tradisi' dalam acara ini..Sekola saya tak pernah lepas peringkat ini selama 10 tahun! Lama tu!! lepas tu, kemenangan berpihak kepada kami dgn keputusan 2-1 (yang jaringkan 2 goal tu sy la!!!!!!) Orang panggil sy 'Beckham' time tu..bapakla bangganya! tp, disebabkan warna kulit yang gelap..maka gelaran tersebut 'ditarik balik'..sabar2x..
Skola menengah merupakan tempat yang menyaksikan kehebatanku selaku pemain bola sepak terunggul ketika itu sehinggalah berlaku sebuah 'tragedi hitam' berlaku pada saya. Kisah nya mcm ni, masa tu f5..Spt biasa waktu petang sy akn turun bermain 'street soccer' di dataran perhimpunan skola (nak gi padang,malas nak jalan..jauh). Berlantaikan 'jalan tar'. Kalau jatuh mmg sakit la wei.. Di sebabkan sy ni seorang yg suka buat 'skills', maka ramaila para 'pendengki', sedang berlari laju mengelecek bola melepasi pertahanan dengan skil samba yg menakjubkan..tiba2 datang satu kaki men 'tackle' kaki saya yang mengakibatkan saya melambung dan lutut kanan merupakan anggota pertama yg menghentak jalan tar dan tergilis kira2 2 meter..Lutut berdarah dan terkoyak! Eii...Meraungla! apa lagi..
Sejak peristiwa itu,saya sudah menjadi sedikit 'trauma' bermain bola. Tapi tidaklah sampai tidak bermain bola. Cuma apabila bola berada di kaki, agak takut utk menggelecek dan tak berani. Satu symptom yg tidak sepatutnya ada bg seorang penyerang.
Kini di bumi Jordan, saya kembali aktif bermain..tetapi, sudah tidak sepantas dan selincah dahulu. Minggu ni je, main 3 match bola sepak..Liga Arab dan Liga PERMAI. Lutut kembali sakit, terutamanya bahagian ligamen. Mintak maaf pada rakan sepasukan coz tak dapat berikan yg terbaik..sebab aku sudah tidak berbisa seperti dulu lagi. Sudah tiada 'nafsu penjaring gol'..bermain ala pondan la skrg ni..(tension gn diri sendiri).
Nasihat buat mrk yg minat main bola, jaga lah kesihatan dan pastikan bermain ditempat selamat. Sbrg kecederaan di bahagian kaki mungkin boleh menyebabkan karier bola sepak anda terhenti begitu saja..(termasuk la yang menulis ni)
p/s: Cerita pengalaman saja, thanks coz sudi membaca!
No comments:
Post a Comment