Tuesday 5 January 2010

Akses Pemikiran Islam (API)


Baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri sebuah program ilmiah yang diberi nama 'Akses Pemikiran Islam' atau API. Pelbagai aktiviti ilmiah yang berharga diperoleh sepanjang program ini yang memberi penekanan kepada dua perkara utama, iaitu Konsep Syahadatain dan juga Aliran-aliran Pemikiran Sesat dalam Islam. Pemfokusan diberi kepada ajaran Islam Liberal yang dapat kita lihat disekeliling kita. Program seperti ini juga memberi peluang kepada saya untuk bersuai kenal dengan mahasiswa-mahasiswa dari beberapa buah universiti di Jordan. Berkesempatan berjumpa dengan Nuh (gambar sebelah saya), satu kumpulan dengan dia sepanjang program ini. Beliau amat bagus dalam memberi pandangan tentang isu-isu semasa dalam Islam. Cerita serta pengalaman yang diceritakan oleh beliau pada saya cukup membuatkan saya teruja untuk mendengarnya lagi! Beliau merupakan pelajar tahun 2, di University of Jordan. Mantapla ko bro!

2 comments: