Tuesday, 21 December 2010
cerita otak
Assalamualaikum w.b.t
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya baca dari sebuah buku yang berjudul "Miracles in Our bodies" hasil tulisan oleh ilmuwan tersohor iaitu Harun Yahya (penname). Saya sebenarnya baru sahaja menamatkan 2nd test saya kelmarin dan sekarang sedang meniti hari-hari yang genting sebelum berdepan dengan Final exam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya masih sempat mencuri sedikit masa untuk membaca buku ini dan saya anggap ia sebagai 'reward kecil' buat masa sekarang sebelum tiba masa untuk saya bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran pula bagi peperiksaan akhir nanti.
Buku ini saya beli di Mekah ketika menunaikan haji tempoh hari. Saya membelinya di sebuah kedai buku yang terletak di dalam pusat membeli belah Bin Dawood. Pada mulanya, saya tidak berminat untuk membeli sebarang buku di situ biarpun ada rakan-rakan lain yang membeli buku-buku terbaru keluaran CERT yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang pengajian saya. Namun perasaan yang sebelumnya tadi kurang tertarik berubah menjadi sangat tertarik apabila terpandang koleksi buku karangan Harun Yahya. Satu nama yang sudah lama saya dengar namun tidak pernah berpeluang untuk membaca hasil tulisannya walaupun sebuah buku! Keterujaan itu saya lunaskan dengan membeli 3 buah buku beliau iaitu "Miracles in Our Bodies", "Prayer in the Quran" dan "How the Quran Guides Science".
Mungkin selama ini saya lebih banyak membaca tentang isu-isu ekonomi,perbankan dan kewangan yang akhirnya membawa banyak entri di dalam blog saya penuh dengan 'maklumat berat' yang kurang difahami orang melainkan mereka yang berada di bidang pengajian yang sama. Saya tidaklah bermaksud ingin berhenti terus dari menulis tentang ekonomi dan perbankan islam, tetapi kadang-kadang ada eloknya juga diselang selikan dengan cerita tentang kebesaran Allah s.w.t yang sangat rapat dengan diri kita dan seterusnya mengingatkan kita kepada keEsaan Allah serta mensyukuri nikmat kurniaanya.
Menceritakan tentang fungsi otak dari sudut pembacaan seorang pelajar bidang perubatan dengan pelajar jurusan lain amatlah jauh untuk dibuat perbandingan. Tetapi apa yang pasti, semua orang pasti sedia maklum akan kepentingan otak dakam kehidupan seharian, bukan sahaja digunakan untuk berfikir bahkan ia boleh dianggap sebagai 'centre' bagi segala operasi dalam badan kita, atau boleh juga diistilahkan seperti Central Bank dalam ilmu perbankan yang berperanan mengawal selia seluruh bank yang beroperasi di bawahnya. Walaubagaimanapun, fungsi dan peranan otak tentulah jauh lebih hebat dari itu, yang pastinya diciptakan oleh Allah Yang Maha Hebat........
Kepingan-kepingan scatter puzzle yang tidak tersusun diletakkan di atas lantai dan kita cuba anggap ia merupakan kepingan dari gambar tentang apa yang terdapat dalam bumi ini. Sebagai contoh, terdapat kepingan yang mewakili cahaya, ada juga yang mewakili warna dan selebihnya mewakili bunyi. Sekarang cuba ambil kepingan tersebut satu persatu dan mula menyusun kepingan tersebut sehingga menjadi sebuah gambar. Apa yang kamu boleh lakukan dengan berfikir melebihi hadnya serta membabitkan banyak operasi dalam otak berfungsi dan itu semua hanya diselesaikan berapa saat sahaja oleh otak anda? di mana semua ini adalah kerja Allah. Boleh anda bayangkan bagaimana?
Otak menerima segala jenis informasi dari mata,hidung,telinga,kulit,mulut dsb. serta merta otak mentafsirkan terus maklumat tersebut. Pentafsiran ini merupakan koleksi daripada 100 billion nerve cells yang terdapat dalam otak anda. Sel-sel ini beroperasi tanpa henti sekaligus membolehkan anda untuk melihat warna epal yang anda makan, mengesan suara teman rapat anda dan juga menghidu bau hot chocolate - macam bau baskin robbins? hehe
Di dalam otak terdapat portions tertentu dengan fungsi tertentu. Realitinya, ianya hanya dapat dilihat dengan microscope. Adakah anda merasakan bahawa nerve cells ini dapat melihat barang permainan anda ataupun boleh merasa kemanisan chocolate ice cream anda? tentunya tidak. That is becoz nerve cells are composed of fine pieces of flesh.
Oleh itu, pastinya ada satu kuasa yang maha hebat yang menciptakan this wonderful world. Tidak lain tidak, Inilah dia ciptaan Allah. Allah is the possessor of everything! menciptakan segala sesuatu dengan cukup sempurna dan mengurniakan pada setiap daripada kita dengan kehidupan yang sangat indah. Apa yang patut kita lakukan sebagai pulangan ialah bersyukur pada tuhan kita. Allah telah anugerahkan kita mata dan telinga sebagai contoh, dan kita wajib ucapkan syukur padaNya.
Firman Allah
وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ
It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give. (surah al-mu'minun:78)
p/s: - citer ni sy ringkaskan je. nak tau lanjut baca buku harun yahya.
- siri 3 kembara haji saya postpone dulu sebab xde mood nak tulis
- doakan saya berjaya dalam final exam nnti, :)
Friday, 10 December 2010
Islam Dan Konsep Ketuanan Melayu
Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Islam Agama Keadilan
Islam adalah agama yang meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan konsep keadilannya. Oleh yang demikian, sebarang isu perlu dinilai terlebih dahulu dari sudut agama itu sendiri.
Apabila membincangkan soal meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila Islam mula berkembang, masyarakat Arab Jahiliyyah samada di Makkah mahupun di Madinah (Yathrib) mempunyai krisis politik yang serius. Islam meraikan kedudukan "ketuanan" bangsa-bangsa tertentu dalam negara mereka berdasarkan faktor sejarah dan sebagainya.
Ketika Rasulullah s.a.w. hadir ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memberikan kepimpinan politik tempatan kepada "bangsa"yang menetap di situ khususnya golongan Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj. Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai pemimpin Madinah kerana memimpin sudut keagamaan masyarakat tersebut yang mana agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ini akhirnya menyebabkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam bidang agama turut juga merangkumi bidang ketenteraan dan politik.
Namun, bangsa Aus dan Khazraj masih memimpin bahagian politik tertentu khususnya melibatkan bangsa mereka. Namun, ketika Islam semakin berkembang sehingga ke Makkah (stelah Fath Makkah), Rasulullah s.a.w. tidak mengambil alih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Makkah walaupun memimpin masyarakat Islam sebagai sebuah Ummah dalam skop yang lebih besar. Namun, ketuanan bangsa sesuatu tempat tetap dipelihara.
Kesultanan Melayu dan Turki Uthmaniyyah
Begitu juga kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap dalam Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta golongan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.
Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan tamadun di Malaysia. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selagimana ianya dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.
Ketuanan Bangsa dan Fitrah
Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir cari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya:
[hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Majah]
يا رسول الله امن العصبية أن يحب الرجل قومه؟
Maksudnya: Wahai Rasulullah... Adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"
Rasulullah s.a.w. menjawab:
لا ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم
Maksudnya: "Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..."
Sepertimana di India, bangsa India mempertahankan ketuanan bangsanya, begitu juga di China, bangsa Cina mempertahankan ketuanan bangsanya, di Arab juga, bangsa Arab mempertahankan ketuanan Arabnya, selagimana bukan atas dasar membela bangsa sendiri dalam kezaliman, maka ianya tidak termasuk dalam Ashabiyyah yang ditolak oleh Islam. Selagimana ianya tidak ditolak oleh Islam, maka Islam meraikannya kerana ia adalah suatu fitrah manusia yang mencintakan tanah airnya sendiri.
Konsep "ketuanan Melayu" tidak wajar dilihat secara terasing (daripada konsep Islam) kerana sejak sekian lama, para ulama' Nusantara tidak memisahkan perjuangan bangsa dan agama kerana kepentingan bangsa Melayu untuk mempertahankan agama Islam dan tanah air mereka yang asal. Kepincangan dalam mempertahankan "ketuanan Melayu" oleh sesetengah pihak (politik) tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk menolak "ketuanan Melayu" tanpa memahami sejarah dan falsafahnya. Kalau kita lihat "minda umum" para ulama' Nusantara yang mengembangkan agama Islam di Nusantara (termasuk Malaysia), perjuangan bangsa dan agama tidak terpisah terutamanya apabila Islam sudah menjadi sebahagian daripada “takrif” bagi bangsa Melayu itu sendiri.
Kita dapat lihat betapa ramai para ulama' Nusantara mempertahankan "kecintaan bangsa Melayu" dalam semangat mengembangkkan ilmu agama, sehingga mereka menetap di negara Arab sekalipun, namun masih mempertahankan "nisbah bangsa dan tanah air" mereka. Siapa tidak kenal dengan tokoh ulama’ Nusantara seperti Sheikh Nawawi Al-Bantani (dari Banten, Indonesia), Sheikh Mahfuz At-Tarmasi (dari Termas, Indonesia), Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani (dari Padang, Indonesia), Sheikh Abdul Karim Al-Banjari (dari Banjar, Indonesia), Sheikh Wan Ismail Al-Fathani (dari Pattani), Sheikh Shaleh Al-Kalantani (dari Kelantan, Malaysia), Sheikh Shaleh Al-Filfilani (dari Pulau Pinang, Malaysia), dan sebagainya yang masyhur di negara-negara Arab namun masih menisbahkan diri kepada tanah air masing-masing tanda kecintaan kepada tanah asal mereka (iaitulah Nusantara).
Begitu juga para ulama' Nusantara yang menisbahkan diri mereka kepada tanah air masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan sebagainya.
Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini, kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanah air dan ketuanan bangsa mereka di tanah air mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap orang mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Bahkan, sejarah Tanah Melayu secara jelas menunjukkan kedudukan bangsa Melayu di tanah tersebut.
Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada orang-orang kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan orang-orang kafir ini dan berhati-hati juga mereka yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini.
Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik kebangsaan sekular. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka. Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.
Kesimpulan: Islam Menjaga Konsep Ketuanan
Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia samada secara individu atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Fath Makkah, Rasulullah s.a.w. sendiri mengisytiharkan sesiapa yang duduk dalam rumah "masing-masing" tidak akan diapa-apakan. Itulah Islam.
Meraikan tanah asal sesuatu bangsa, walaupun bangsa tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w.. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang yang lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.
Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air sendiri. Kita janganlah bicara soal syariah "Islam" sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah (tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar dalam zaman tersebut.
Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah yang terbesar pada ketika itu. Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah Ashobiyyah, iaitu membela individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep Hadarah Islamiyyah yang luas.
Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=177157942311392&id=100001651082887
P/S : Artikel ini perlu dibaca dengan tenang dan rasional tanpa melihat dari sudut kePARTIan, dan jangan panggil saya racist yer. :)
Tuesday, 7 December 2010
Kembara Haji 2010 (Part 2)
Di Madinah, bergambar sebentar selepas memakai ihram
Episod 4
Aku memilih untuk duduk di kerusi bahagian tengah2 sebab rasa macam tak best duduk belakang sekali, namun malang tak berbau. Bas yang kami naiki tu ada masalah minyak hitam, dan asap pulak kadang2 terkeluar dari lantai yang tidak ditutup kemas di bahagian tempat duduk belakang. Kasihan jugak aku melihat mereka, sampai gelap muka. Syukur aku tak duduk di situ walaupun aku pun terbau gak asapnya, dan boleh nampak kesan hitam kat tangan. Inilah dugaan pertama. Aku memang dapat agak perkara ni akan berlaku dari mula, sebab kebiasaanya bila guna bas tambahan ni (bila bas pertama rosak di Amman), mestila bas itu tidak berada dalam kondisi yang baik.
Bila tiba waktu tengahari, kami berhenti untuk makan dan solat zohor. Aku tanggalkan sweater sebelum turun dari bas sebab cuaca di luar agak panas. Mujur aku mmg sudah pakai t-shirt di dalam nyer, seronok sungguh rasanya bila dapat hirup udara luar. Lega dari menghidu udara yang tak menyihatkan dalam bas tu.
Kami makan bersama-sama makanan yang disediakan oleh akhwat, terasa ada semangat ukhuwah di situ. keh2x. Kami makan kat sebuah meja bahagian luar sebuah restoran (itulah satu2nya restoran di situ). Sedang kami makan dgn penuh perasaan, pekerja restoran tu datang kat kami cakap takleh makan kat situ. Bajet nak halau. Pastu, tengok keliling arab pun buat macam kitorang gak.. Tak halau pun?! Diskriminasi tul..haha. Tapi kitorang buat muka selamba je macam tak paham bahasa arab. Konon belila air nak jaga sikit hati org tu.hehe.
Tiada apa yg menarik sangat utk diceritakan sepanjang perjalanan tu. Cuma dalam hati rasa tak sabar-sabar nak sampai sebab letih dah duduk dalam bas lama-lama. Sebelum kami sampai Madinah, kami kena berhenti di satu tempat ni untuk urusan pendaftaran jemaah haji. Memang bas sangat banyak. Lama juga menunggu. Selepas perjalanan 27 jam, lebih satu hari tu! Akhirnya sampai juga di bandar suci Madinah. Namun, hotel kami kali ni agak jauh berbanding ketika mengerjakan umrah pada bulan Jun lepas. Ia tidaklah menjadi satu perkara yang pelik sebab jumlah orang yang datang pada musim haji tidak sama seperti bulan-bulan lain.
Episod 5
Masjid Nabawi merupakan tempat tumpuan utama di bandar suci Madinah. Di situ terdapat makam baginda penghulu segala nabi, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan juga perkuburan baqi', tempat disemadikan hampir 1000 orang sahabat baginda.
Sepanjang berada di sana, ramai orang yang beri'tikaf dalam masjid nabi. Biasanya aku akan duduk dalam masjid setengah jam sebelum masuk waktu dan setengah jam selepas. Kemudian kalau orang tak ramai, aku pergi ziarah maqam nabi muhammad s.a.w, sebelahnya maqam saidina abu bakar dan saidina umar. Sepanjang memandang maqam nabi, terlintas dalam hati aku "alangkah indahnya kalau aku dapat berbicara dgn kamu wahai kekasih Allah".
Selepas menziarahi maqam nabi, jika ada kelapangan. Aku akan pergi ke perkuburan Baqi' untuk melihat kubur2 mereka. Di samping mengingatkan aku tentang pengorbanan mereka untuk menyebarkan islam, aku juga menginsafi bahawa satu hari nnti aku PASTI akan menjejaki mereka, kematian itu pasti dirasai oleh setiap makhluk Allah, terpulang pada kita untuk mengakhiri kehidupan dgn husnul khatimah atau su'ul khatimah.
Ada sekali tu, aku nak masuk solat di kawasan raudhah. Nabi pernah beritahu bahawa tempat tu merupakan di antara taman2 syurga. Memang sesak nak masuk, sebab tempat tak besar mana. Orang pulaberebut-rebut. Sampai kat pintu masuk, aku dah terhimpit-himpit dgn orang negro dan arab yang besar-besar tu. Dah la aku ni kecik.adoi..hehe... Memang lemas la jugak sebab tak leh nak gerak. Sampai susah nak nafas pun ada. Mujur aku ni muda lagi, kalau atuk2 kite nak masuk tempat macam tu. Saya sarankan baik tangguhkan dulu niat tu melainkan kalau orang tak ramai. Bukan apa, risau nanti benda tak diingini berlaku. Selepas dah merempuh masuk tu, sempat jugak aku solat sunat 2 rakaat walaupun dalam keadaan kurang selesa dan tolak-menolak dari orang belakang.
Selain tu, kalau pergi ke Madinah, antara tempat yang menjadi persinggahan 'wajib' ialah BIN DAWOOD (sebuah pusat membeli belah). Kat sini la kalau nak bershopping, belilah jubah ke, tudung ke dll.. kalau nak makan pun banyak pilihan, nak gi restoran indonesia ke, pakistan ke, Al-Baik ke, ape2 la..Tak kisah la,asalkan jangan melantak makan banyak2 pastu tak gi solat, mmg nak kena la kan...
Episod 6
Kami luangkan masa cuma 2 hari lebih di Madinah, selesai ziarah wida', aku pun pulang semula ke hotel dan bersiap2 untuk ke Mekah pula. Aku ambil keputusan untuk terus memakai pakaian ihram, sebab tak mahu berebut2 nanti bila di miqat bi'r ali. Apa yang memeranjatkan aku ialah tali pinggang yang aku nak pakai untuk pakaian ihram tu dah tak muat. Sedangkan mende tu baru beli je masa bulan 6 hari tu. (bahana bila badan membesar ni). Puas aku tarik nafas dalam2 supaya muat. Memang slim la lepas tu. Fuh!
Kami bertolak dari hotel menuju ke Mekah selepas asar. Cuma agak kecewa bila travel tu pakai bas sama, namun tetap syukur sebab asap dah x masuk da..hehe. Kami sampai dekat tempat miqat tu nak dekat magrib. Orang sgt ramai seperti yang aku jangka. Aku cuma ambil wudhu' dan solat sunat di masjid bi'r ali tu. Kemudian solat magrib dan baru naik bas.
Aku niat buat haji tamatt'u masa dalam bas tu, dan bila sudah niat, maka pantang larangnya haruslah dijaga. Kalau langgar, nnti kena bayar dam. Kena beringat-ingat la yer. Perjalanan dari Madina ke Mekah ambil jarak dalam 400 lebih kilometer atau lebih kurang 5-6 jam.
Bas kami berhenti di satu tempat perhentian, banyak bas yang parking kat situ. Aku nak masuk toilet pun nak kena beratur hampir 10 orang setiap pintu! Satu persatu bas meninggalkan kawasan rehat tu, tp bas aku tak menunjukkan tanda2 untuk bergerak. Bila dah lama tunggu, baru aku tahu bas tu rosak. Tengah dibaiki. Alhmdulillah.. dugaan lagi.
Hampir 3 jam menanti, akhirnya bas lain datang ambik kami. Bas tu mmg selesa la. Syukur. Kami bertolak dari tempat tu kul 10 mlm. Sepanjang perjalanan aku tido je. Letih menunggu.hehe. Sampai kat sempadan Mekah tu nak dekat syuru'. Cuak2 gak terlepas subuh. Aku pun tak tahu nape driver tu tak berhenti kejap masa waktu subuh. Kami solat subuh di sempadan mekah sementara menunggu bas melepasi kawalan di situ.
Selesai semua urusan di situ, bas kami pun bertolak menuju ke hotel di Mekah. Hampir pukul 9 pagi baru kami sampai di hotel. Ini bermakna, perjalanan kami dari Medina ke Mekah yang biasanya dalam 5-6 jam je, kali ni pergi hampir 15 jam! Apa2pun dah sampai kat mekah. alhmdulillah.
*nantikan sambungannya..................
Saturday, 4 December 2010
Kembara Haji 2010 (Part 1)
Assalamualaikum w.b.t
Sampai ada sarang labah-labah agaknya blog aku ni sebab dah lama sangat tak berupdate. (hiperbola tak ayat tu?) sebelum ni aku pernah juga berazam nak tulis benda baru paling kurang seminggu sekali. Tapi banyak perkara lain yang harus aku utamakan, akhirnya terkubur begitu shj azamku itu..( sebenarnya aku saje carik alasan, orang lain ramai je lagi sibuk dari aku, tapi boleh je ada masa untuk berblogging.hehe)
Baiklah, kalau ikutkan hati dan perasaan. Memang malas nak duduk depan laptop berjam-jam atau sejam paling kurang untuk menaip ni, lagi-lagi hujung minggu macam ni adalah masa yang sangat ideal untuk saya berISTERI-REHAT dgn kawan-kawan dan juga mesin basuh yang aku dah tak berapa nak sayang tu..Lagi-lagi musim sejuk sekarang ni..hehe
Ok, Kawan-kawanku di Malaysia sangat teruja bila dengar cerita yang aku pergi haji. So, mereka ni mintalah aku ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana. Akhwat kat Jordan pun tak kurang jealousnya sebab mereka tak boleh pergi buat umrah @ haji dari sini sebab ada beberapa halangan. Aku nak cerita dalam chat sorang-sorang mmg tak mampulah kan. Jadinya, aku coretkan pengalaman tu di blog supaya korang dapat baca dan sekaligus menghayati setiap detik perjalananku ketika menunaikan haji. Chewah!
Sila siap sedia untuk meluangkan 15-20 minit untuk membaca entry aku kali ini yang agak panjang, tapi kalau dapat baca lagi cepat lagi bagus. So, korang boleh buat keja-keja lain yang lebih berfaedah daripada menghadap blogku yang tak cantik ni. Nak kena upah designer kot?hehe..
Episod 1
Peringatan! Kisah ini bukan macam drama KCB special ramadhan yang ada sampai 52 episod! Tapi yang pasti, cerita aku ni adaptasi dari pengalaman sebenar manakala KCB tu rekaan semata-mata je 'kowt'.
Ok. citernya camni, dalam 2 bulan atau sebulan sebelum pergi haji. aku telah berbincang dengan rakan-rakanku di sini dan memikirkan agen travel mana yang patut kami pilih untuk urusan haji ini. Ada 3-4 iklan promosi yang aku tengok dekat PERMAI yahoo group tu. Mula-mula terkejut jugaklah bila tengok harganya antara 480JD-550JD, sedangkan senior aku sebelum ni buat haji harganya 385JD je. Tapi bila tengok balik currency exchange, duit dinar jordan ni dah jatuh sikit. So, naiklah sikit harganya berbanding sebelum ni.
Dalam 3 minggu sebelum pergi haji, aku pun decide ikut travel agent sorang kawan aku ni. Kawan2 satu batch pun pakat ikut sama, takkan aku nak gi ikut orang lain pulak kan? (kadang2 ter'asobiyah' bab2 camni..hehe) Faktor utama yg buat aku pilih ni sebab harganya, byr 425JD. Mmg ada satu agent ni letak harga lagi murah iaitu 375JD, tapi aku takut nak ikut agen tu risau perkhidmatannya masih baru.
Kalau nak tahu, inilah musim haji terkahir aku dekat Jordan ni, sbb tu aku sgt2 berhasrat nak tunaikan haji kali ni sebab aku fikir bila dah balik malaysia, msti dah susah nak pergi. Kalau dapat pergi pun,mesti lmbat lagi. Yelah..Kalau macam Tabung Haji mesti utamakan orang-orang tua dulu. Kalau taknak ikut tabung haji, ikut private tu, Paling kurang 20ribu tau. haa.. mahal kan?? so, aku rebutlah peluang time muda dan tengah belajar dekat sini. Lagi best, dapat buat dgn kawan2. Takyah pikir nak tinggalkan anak kat sape. lol.
Dah settle bayar, masih belum pasti dapat pergi ke tak. Sebab nak kena dapatkan visa dari kerajaan Arab Saudi dulu. Tinggal seminggu before nak bertolak masih belum dapat visa. Pergh! Tak cuak pulak kan? Tapi wakil syarikat tu a.k.a ex-syeikh aku dengan begitu yakin dan percaya bhw kitorang akan dapat visa tu sebab dia cakap budak malaysia baik2,mesti lepas punya!
Nak jadikan citer, parents aku pun nak buat kenduri doa selamat dekat Malaysia sempena aku nak bertolak pergi haji. sedangkan masa tu tak dapat confirmation pasal visa tu. Dalam hati aku cakap "Karang buat doa selamat je lebeh, tetiba tak jadi pergi, mmg tak tau la nk cakap pe kan". Alhmdulillah, akhirnya dapat juga visa tu. Syukur :)
Episod 2
8/11 adalah tarikh aku bertolak ke sana, tarikh awal iatu 10/11 terpaksa diawalkan disebabkan kerjaan Arab Saudi nak tutup sempadan daratnya lebih awal. Kebetulan pula pada hari tu aku ada exam. Ramai kawan2 aku pada mulanya tak nak ambik sebab dorang cakap taknak kelam kabut nak packing barang nnti. Masa malam tu wakil agent tu cakap nak bertolak kul 11 pg. Tapi aku kan pelajar cemerlang (kononnyer!), aku cakap kat dorang aku nak ambil exam jugak. aku nak mintak ambik awal kul 8 pg, sebab exam sepatutnya pukul 12.30 tgh hari. Sekali malam tu jugak kul 10, agent tu cakap bertolak lepas asar..kah2x. Kelam kabut study, aku je steady..kui2x
Habis exam, aku pun packing2 la sikit apa yg patut. update status Fb jap, check2 umah. Kena buat double check, sbb ari tu masa aku gi umrah 10 hari, ada ke patut sorang kawan aku ni tak tutup suis peti ais, TAPI TUTUP main switch! ha.. kan da kena denda buat keja amal bila balik umah..hehe. habis aiskrim aku cair. isk2x.
Bila dah siap semuanya, aku gn housemate aku, abe & jai pun ambiklah taxi dari depan umah pegi ke duwar qubah. Sebab bas tunggu kat sana. Sampai sana, tengok ramai dah senior2 just sampai. Ada jugak kawan2 yg datang sebab nak hantar kitorang. Bdak2 akhwat batch aku xhantar kami tp sponsor makanan kami, waa..terharu seyh.. takpela, banyak pahala tu tolong orang nak gi haji ni.hehe
Tunggu punya tunggu, bas tak datang. Pehtu, agen tu cakap bas dari Amman rosak. Dah kena tunggu bas sampai lepas magrib. Kami pun pergilah ke msjid untuk menunaikan solat magrib sementara menunggu bas tu datang. Dalam kul 6.30mlm gitu, kami pun selamat bertolak dari duwar qubah,irbid..
Episod 3
Pada mulanya, Kami bertolak ke sana dengan selesa sbb ada banyak seat lebih. Rupanya bila sampai Amman, ada lagi orang yang naik. So, xdapat la nak sorang 2 kerusi. Jap! nak tambah citer .. Ada 2 family yang ikut skali dgn kami masa tu. satu dari Albania dan satu lagi dari switzerland. Anak dia kan.. comelll!!! (Budak2 k.. bukan sebaya..)
Perjalanan diteruskan menuju ke sempadan Jordan-Arab Saudi. Berdasarkan citer sorg senior aku ni, dia cakap musim haji ni kadang2 boleh tersadai kat sempadan tu sampai 12 jam, nak menunjukkan betapa banyaknya bas yang masuk ke situ. Sepanjang perjalanan malam tu aku tido je. Kalau bas berenti kat perhentian mana2 je baru aku bangun untuk beli makanan dan buat apa yg patut.
Bas tiba di sempadan lebih kurang kul 2.30 pg, settlekan apa yang patut dengan kastam Jordan, kemudian barulah selesaikan dokumen dgn kastam Arab Saudi, pemeriksaan barang2. Masa tu aku tengok bas tak banyak sangat. kira lega la jugak. selesai semua urusan tu nak dekat subuh. So, kitorang pun solat subuh kat situ. Bila dah selesai kami pun naik bas semula.
Bila nak keluar dari sempadan tu, ada satu sekatan lagi. Tapi yang gi uruskan tu, pemandu bas tu la. Tak tahula apa urusannya,mybe nak dapatkan permit kenderaan atau pe2 yg lain. Masa tu dalam kul 5.30 pagi rasanya, aku pun xsempat nak tengok jam sebab ngantuk. Aku ambil keputusan untuk tido je sementara menunggu bas tu boleh jalan. Ingatkan sekejap, rupanya kul 8pg baru bas tu jalan. Aiyaa.. patutlah bila aku bangun tido rasa macam tempat sama je.huhu. Tp xkisahla, syukur sebab senior aku sebelum ni pegi lagi lama kena tunggu, So, 5 jam tu rasanye ok la kot..hehe
*sebenarnya aku rasa xlarat dah nak menaip, tp aku janji nanti aku sambng tulis untuk part 2.. sorry yer..so,nntikan episod ke 4 pulak. ok, Assalamualaikum w.b.t
Subscribe to:
Posts (Atom)