Tuesday, 21 December 2010
cerita otak
Assalamualaikum w.b.t
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya baca dari sebuah buku yang berjudul "Miracles in Our bodies" hasil tulisan oleh ilmuwan tersohor iaitu Harun Yahya (penname). Saya sebenarnya baru sahaja menamatkan 2nd test saya kelmarin dan sekarang sedang meniti hari-hari yang genting sebelum berdepan dengan Final exam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, saya masih sempat mencuri sedikit masa untuk membaca buku ini dan saya anggap ia sebagai 'reward kecil' buat masa sekarang sebelum tiba masa untuk saya bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran pula bagi peperiksaan akhir nanti.
Buku ini saya beli di Mekah ketika menunaikan haji tempoh hari. Saya membelinya di sebuah kedai buku yang terletak di dalam pusat membeli belah Bin Dawood. Pada mulanya, saya tidak berminat untuk membeli sebarang buku di situ biarpun ada rakan-rakan lain yang membeli buku-buku terbaru keluaran CERT yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang pengajian saya. Namun perasaan yang sebelumnya tadi kurang tertarik berubah menjadi sangat tertarik apabila terpandang koleksi buku karangan Harun Yahya. Satu nama yang sudah lama saya dengar namun tidak pernah berpeluang untuk membaca hasil tulisannya walaupun sebuah buku! Keterujaan itu saya lunaskan dengan membeli 3 buah buku beliau iaitu "Miracles in Our Bodies", "Prayer in the Quran" dan "How the Quran Guides Science".
Mungkin selama ini saya lebih banyak membaca tentang isu-isu ekonomi,perbankan dan kewangan yang akhirnya membawa banyak entri di dalam blog saya penuh dengan 'maklumat berat' yang kurang difahami orang melainkan mereka yang berada di bidang pengajian yang sama. Saya tidaklah bermaksud ingin berhenti terus dari menulis tentang ekonomi dan perbankan islam, tetapi kadang-kadang ada eloknya juga diselang selikan dengan cerita tentang kebesaran Allah s.w.t yang sangat rapat dengan diri kita dan seterusnya mengingatkan kita kepada keEsaan Allah serta mensyukuri nikmat kurniaanya.
Menceritakan tentang fungsi otak dari sudut pembacaan seorang pelajar bidang perubatan dengan pelajar jurusan lain amatlah jauh untuk dibuat perbandingan. Tetapi apa yang pasti, semua orang pasti sedia maklum akan kepentingan otak dakam kehidupan seharian, bukan sahaja digunakan untuk berfikir bahkan ia boleh dianggap sebagai 'centre' bagi segala operasi dalam badan kita, atau boleh juga diistilahkan seperti Central Bank dalam ilmu perbankan yang berperanan mengawal selia seluruh bank yang beroperasi di bawahnya. Walaubagaimanapun, fungsi dan peranan otak tentulah jauh lebih hebat dari itu, yang pastinya diciptakan oleh Allah Yang Maha Hebat........
Kepingan-kepingan scatter puzzle yang tidak tersusun diletakkan di atas lantai dan kita cuba anggap ia merupakan kepingan dari gambar tentang apa yang terdapat dalam bumi ini. Sebagai contoh, terdapat kepingan yang mewakili cahaya, ada juga yang mewakili warna dan selebihnya mewakili bunyi. Sekarang cuba ambil kepingan tersebut satu persatu dan mula menyusun kepingan tersebut sehingga menjadi sebuah gambar. Apa yang kamu boleh lakukan dengan berfikir melebihi hadnya serta membabitkan banyak operasi dalam otak berfungsi dan itu semua hanya diselesaikan berapa saat sahaja oleh otak anda? di mana semua ini adalah kerja Allah. Boleh anda bayangkan bagaimana?
Otak menerima segala jenis informasi dari mata,hidung,telinga,kulit,mulut dsb. serta merta otak mentafsirkan terus maklumat tersebut. Pentafsiran ini merupakan koleksi daripada 100 billion nerve cells yang terdapat dalam otak anda. Sel-sel ini beroperasi tanpa henti sekaligus membolehkan anda untuk melihat warna epal yang anda makan, mengesan suara teman rapat anda dan juga menghidu bau hot chocolate - macam bau baskin robbins? hehe
Di dalam otak terdapat portions tertentu dengan fungsi tertentu. Realitinya, ianya hanya dapat dilihat dengan microscope. Adakah anda merasakan bahawa nerve cells ini dapat melihat barang permainan anda ataupun boleh merasa kemanisan chocolate ice cream anda? tentunya tidak. That is becoz nerve cells are composed of fine pieces of flesh.
Oleh itu, pastinya ada satu kuasa yang maha hebat yang menciptakan this wonderful world. Tidak lain tidak, Inilah dia ciptaan Allah. Allah is the possessor of everything! menciptakan segala sesuatu dengan cukup sempurna dan mengurniakan pada setiap daripada kita dengan kehidupan yang sangat indah. Apa yang patut kita lakukan sebagai pulangan ialah bersyukur pada tuhan kita. Allah telah anugerahkan kita mata dan telinga sebagai contoh, dan kita wajib ucapkan syukur padaNya.
Firman Allah
وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ
It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give. (surah al-mu'minun:78)
p/s: - citer ni sy ringkaskan je. nak tau lanjut baca buku harun yahya.
- siri 3 kembara haji saya postpone dulu sebab xde mood nak tulis
- doakan saya berjaya dalam final exam nnti, :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment