Tuesday, 7 December 2010

Kembara Haji 2010 (Part 2)

Di Madinah, bergambar sebentar selepas memakai ihram


Episod 4

Aku memilih untuk duduk di kerusi bahagian tengah2 sebab rasa macam tak best duduk belakang sekali, namun malang tak berbau. Bas yang kami naiki tu ada masalah minyak hitam, dan asap pulak kadang2 terkeluar dari lantai yang tidak ditutup kemas di bahagian tempat duduk belakang. Kasihan jugak aku melihat mereka, sampai gelap muka. Syukur aku tak duduk di situ walaupun aku pun terbau gak asapnya, dan boleh nampak kesan hitam kat tangan. Inilah dugaan pertama. Aku memang dapat agak perkara ni akan berlaku dari mula, sebab kebiasaanya bila guna bas tambahan ni (bila bas pertama rosak di Amman), mestila bas itu tidak berada dalam kondisi yang baik.

Bila tiba waktu tengahari, kami berhenti untuk makan dan solat zohor. Aku tanggalkan sweater sebelum turun dari bas sebab cuaca di luar agak panas. Mujur aku mmg sudah pakai t-shirt di dalam nyer, seronok sungguh rasanya bila dapat hirup udara luar. Lega dari menghidu udara yang tak menyihatkan dalam bas tu.

Kami makan bersama-sama makanan yang disediakan oleh akhwat, terasa ada semangat ukhuwah di situ. keh2x. Kami makan kat sebuah meja bahagian luar sebuah restoran (itulah satu2nya restoran di situ). Sedang kami makan dgn penuh perasaan, pekerja restoran tu datang kat kami cakap takleh makan kat situ. Bajet nak halau. Pastu, tengok keliling arab pun buat macam kitorang gak.. Tak halau pun?! Diskriminasi tul..haha. Tapi kitorang buat muka selamba je macam tak paham bahasa arab. Konon belila air nak jaga sikit hati org tu.hehe.

Tiada apa yg menarik sangat utk diceritakan sepanjang perjalanan tu. Cuma dalam hati rasa tak sabar-sabar nak sampai sebab letih dah duduk dalam bas lama-lama. Sebelum kami sampai Madinah, kami kena berhenti di satu tempat ni untuk urusan pendaftaran jemaah haji. Memang bas sangat banyak. Lama juga menunggu. Selepas perjalanan 27 jam, lebih satu hari tu! Akhirnya sampai juga di bandar suci Madinah. Namun, hotel kami kali ni agak jauh berbanding ketika mengerjakan umrah pada bulan Jun lepas. Ia tidaklah menjadi satu perkara yang pelik sebab jumlah orang yang datang pada musim haji tidak sama seperti bulan-bulan lain.

Episod 5

Masjid Nabawi merupakan tempat tumpuan utama di bandar suci Madinah. Di situ terdapat makam baginda penghulu segala nabi, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan juga perkuburan baqi', tempat disemadikan hampir 1000 orang sahabat baginda.

Sepanjang berada di sana, ramai orang yang beri'tikaf dalam masjid nabi. Biasanya aku akan duduk dalam masjid setengah jam sebelum masuk waktu dan setengah jam selepas. Kemudian kalau orang tak ramai, aku pergi ziarah maqam nabi muhammad s.a.w, sebelahnya maqam saidina abu bakar dan saidina umar. Sepanjang memandang maqam nabi, terlintas dalam hati aku "alangkah indahnya kalau aku dapat berbicara dgn kamu wahai kekasih Allah".

Selepas menziarahi maqam nabi, jika ada kelapangan. Aku akan pergi ke perkuburan Baqi' untuk melihat kubur2 mereka. Di samping mengingatkan aku tentang pengorbanan mereka untuk menyebarkan islam, aku juga menginsafi bahawa satu hari nnti aku PASTI akan menjejaki mereka, kematian itu pasti dirasai oleh setiap makhluk Allah, terpulang pada kita untuk mengakhiri kehidupan dgn husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Ada sekali tu, aku nak masuk solat di kawasan raudhah. Nabi pernah beritahu bahawa tempat tu merupakan di antara taman2 syurga. Memang sesak nak masuk, sebab tempat tak besar mana. Orang  pulaberebut-rebut. Sampai kat pintu masuk, aku dah terhimpit-himpit dgn orang negro dan arab yang besar-besar tu. Dah la aku ni kecik.adoi..hehe... Memang lemas la jugak sebab tak leh nak gerak. Sampai susah nak nafas pun ada. Mujur aku ni muda lagi, kalau atuk2 kite nak masuk tempat macam tu. Saya sarankan baik tangguhkan dulu niat tu melainkan kalau orang tak ramai. Bukan apa, risau nanti benda tak diingini berlaku. Selepas dah merempuh masuk tu, sempat jugak aku solat sunat 2 rakaat walaupun dalam keadaan kurang selesa dan tolak-menolak dari orang belakang.

Selain tu, kalau pergi ke Madinah, antara tempat yang menjadi persinggahan 'wajib' ialah BIN DAWOOD (sebuah pusat membeli belah). Kat sini la kalau nak bershopping, belilah jubah ke, tudung ke dll.. kalau nak makan pun banyak pilihan, nak gi restoran indonesia ke, pakistan ke, Al-Baik ke, ape2 la..Tak kisah la,asalkan jangan melantak makan banyak2 pastu tak gi solat, mmg nak kena la kan...

Episod 6

Kami luangkan masa cuma 2 hari lebih di Madinah, selesai ziarah wida', aku pun pulang semula ke hotel dan bersiap2 untuk ke Mekah pula. Aku ambil keputusan untuk terus memakai pakaian ihram, sebab tak mahu berebut2 nanti bila di miqat bi'r ali. Apa yang memeranjatkan aku ialah tali pinggang yang aku nak pakai untuk pakaian ihram tu dah tak muat. Sedangkan mende tu baru beli je masa bulan 6 hari tu. (bahana bila badan membesar ni). Puas aku tarik nafas dalam2 supaya muat. Memang slim la lepas tu. Fuh!

Kami bertolak dari hotel menuju ke Mekah selepas asar. Cuma agak kecewa bila travel tu pakai bas sama, namun tetap syukur sebab asap dah x masuk da..hehe. Kami sampai dekat tempat miqat tu nak dekat magrib. Orang  sgt ramai seperti yang aku jangka. Aku cuma ambil wudhu' dan solat sunat di masjid bi'r ali tu. Kemudian solat magrib dan baru naik bas.

Aku niat buat haji tamatt'u masa dalam bas tu, dan bila sudah niat, maka pantang larangnya haruslah dijaga. Kalau langgar, nnti kena bayar dam. Kena beringat-ingat la yer. Perjalanan dari Madina ke Mekah ambil jarak dalam 400 lebih kilometer atau lebih kurang 5-6 jam.

Bas kami berhenti di satu tempat perhentian, banyak bas yang parking kat situ. Aku nak masuk toilet pun nak kena beratur hampir 10 orang setiap pintu! Satu persatu bas meninggalkan kawasan rehat tu, tp bas aku tak menunjukkan tanda2 untuk bergerak. Bila dah lama tunggu, baru aku tahu bas tu rosak. Tengah dibaiki. Alhmdulillah.. dugaan lagi.

Hampir 3 jam menanti, akhirnya bas lain datang ambik kami. Bas tu mmg selesa la. Syukur. Kami bertolak dari tempat tu kul 10 mlm. Sepanjang perjalanan aku tido je. Letih menunggu.hehe. Sampai kat sempadan Mekah tu nak dekat syuru'. Cuak2 gak terlepas subuh. Aku pun tak tahu nape driver tu tak berhenti kejap masa waktu subuh. Kami solat subuh di sempadan mekah sementara menunggu bas melepasi kawalan di situ.

Selesai semua urusan di situ, bas kami pun bertolak menuju ke hotel di Mekah. Hampir pukul 9 pagi baru kami sampai di hotel. Ini bermakna, perjalanan kami dari Medina ke Mekah yang biasanya dalam 5-6 jam je, kali ni pergi hampir 15 jam! Apa2pun dah sampai kat mekah. alhmdulillah.

*nantikan sambungannya..................

No comments:

Post a Comment